Kenapa Aku Suka Guna Bing
Bismillah...
Ya.. BING - Microsft Bing search engine. Kalau masa dulu aku dan rasanya ramai dikalangan kita lebih suka menggunakan khidmat Google. Tapi sekarang ni aku lebih cenderung kepada Bing.
Sebab? Sebabnya aku pun tak berapa pasti nak jelaskan secara detail. Memandangkan aku ni bukan berlatar-belakangkan IT tapi sebagai pengguna harian internet, sudah pasti aku cuba mencari sesuatu yang boleh memudahkan kerja harian. Selain kerja, dari espek keselamatan juga adalah amat penting. Ini kerana rata-ratanya kita setiap-kali akan memerlukan khidmat internet dalam kehidupan seharian. Tak kisahlah siapa atau apa latar-belakang kita.
Dunia sudah makin kehadapan. Sama-ada kita mengejar dan mengikut arus atau kita duduk dan berlengah hingga sampai masanya kita tertinggal kebelakang. Kita ambil contoh yang paling mudah, iaitu Bank. Sekurang-kurangnya dalam sebulan kita pasti perlu menggunakan khidmat talian internet untuk membayar bil-bil semasa. Sedar tak sedar kita perlu juga menggunakan internet. Tak kisahlah apa platform yang kita gunakan masa tu. Online Banking, Through apps payment, melalui WhatsApp atau bermacam-macam lagi kaedah penggunaan untuk tujuan pembayaran-pembayaran semasa bulanan kita. Saman parking pun silap-silap perlukan pembayaran melalui talian internet.
Dipendekkan cerita, dunia sekarang semuanya Online. Walaupun masih ada yg secara manual/offline tetapi dalam sedikit pasti ada percampur-adukan pengurusan diatas talian. Ye, walaupun sedikit dan tanpa kita sedar pun kadang-kadang.
Dari fanatic Google kini aku beralih kepada Bing. Sebab baru-baru ini banyak berita-berita yang tak menyedapkan keluar tentang google ni. Terutamanya dari segi Privacy. Tahu tak korang, telah berapa banyak Google mentimpan data-data kita secara kita tak sedar? Contoh paling simple - Google search. Setiap kali kita membuat carian secara online, data kita akan disimpan sebagai kegunaan masa akan datang. Mungkin ada yang tidak berapa nak kisah. Tapi jika bagi mereka yang mementing privacy, ini adalah satu perkara yang agak membimbangkan. Ianya umpama kehidupan seharian kita "di record" dan disimpan oleh Pembantu Peribadi/Setiausaha sulit yang mengikut kita kemana sahaja kita pergi dan apa sahaja yang kita lakukan.
Secara peribadi, bagi aku ini adalah sangat annoying 😅 Langkah-langkah yang boleh kita lakukan buat masa sekarang ialah dengan menyemak kembali Privacy Setting kita didalam Google Account. Pastikan kita perhatikan setiap satu Privacy Setting yang ada dalam akaun tersebut. Aku yakin, ramai antara kita yang mungkin tak pernah langsung atau terus lupakan berkenaan setting-2 tersebut kan..? Pastikan juga lihat pada tetapan (setting) browser yang korang guna. Sekarang ni terdapat banyak pengeluar-pengeluar browser yang mula bersaing hebat dengan Chrome dan sentaja utama ialah berkenaan Security dan Privacy
Walau pun macamtu, aku ni dah memang sebati dengan Chrome haha. Apa yang aku boleh buat masa ni ialah buat sedikit tweaking pada chrome:flags dan pastikan tetapan-tetapan dalam chrome dibuat secara maksima. Chrome juga mempunyai tetapan didalam segmen Privacy and Security - aku memilih agar chrome sentiasa menaik-taraf navigasi kepada HTTPS. Banyak lagi tetapan yang harus kita perhatikan. Mungkin satu hari aku akan buat pos secara terperinci.
Last but not least - Aku memilih Bing kerana tahap privasi dan sekuritinya. Sepertimana DuckDuckGo, search provider ini tidak menyimpan data-data kita secara keterlaluan. Bing juga memberi kesan "kepantasan/ringan" pada browser yang kita guna. Semuanya berkenaan privacy and security!
P/s: Aku tak suka orang skodeng-skodeng ni oihh 😂
rasanya boleh ubah setting privacy tu untuk elakkan google curi data kita. Tak gemar sangat guna bing mungkin sebab interface dia tak minimalis macam google haha
ReplyDeleteCitarasa memasing
Deletepernah try guna Bing dedolu..tp tak kena dgn jiwa. Apsal ntah..ke dah terbiasa dgn Google. Dulu masa ada Yahoo..mmg dengan Yahoo jelah
ReplyDeleteKebiasaan memang google je
Delete