Misteri Banglo Usang Seri Pantai, Pantai Morib

Bismillah...

Tengok tajuk tu? Misteri banglo usang yg terletak di pantai Morib. Kalau yg biasa dgn Pantai Morib ni mesti akan perasan dgn bangunan ni. Pelawat pun yg dtg mesti ada yg tertanya² bangunan apa ni? 

Sebenarnya lama juga aku cuba cari² jawapan perihal banglo 'Seri Pantai Morib' ni. Maklumlah, aku sendiri pun bukan asal Banting 🤭.. Sejak dari awal 2000 lagi aku dah mula tertanya² juga dengan banglo ni. Yg seingat aku masa antara lewat 90an hingga awal 2000 banglo ni pernah dijadikan rumah rehat/rumah peranginan.

Sejak² kebelakangan ni aku mula tertarik dengan banglo ni. Yang ada hanya setakat cerita lisan penduduk setempat selain dari cerita² lisan sanak saudara dan info yang aku dapatkan dari blog. Antaranya blog Aku Budak Telok yg banyak bercerita tentang Banting secara khususnya. 

Kalau mengikut cerita dari blog Aku Budak Telok bangunan ni terbiar tanpa pengurusan sejak dari awal 2000. Tapi isteri & ipar² pernah cerita yg bangunan ini pernah dijadikan sebagai rumah peranginan/rumah rehat pegawai² (tak sure pula sektor apa, samada swasta/kerajaan)

Apa pun "bangunan misteri" ini tetap menyimpan seribu satu rahsia disebalik kisah² dari zaman british, jepun hinggalah sekarang. Pelik juga kenapa bangunan ni tak dibangunkan? Adakah.... 😱 

Tapi apa pun, Pantai Morib memang ada keunikannya tersendiri. Tempat berkumpul dan bersantai bersama keluarga sejak dulu lagi. Menyimpan pelbagai sejarah berzaman-zaman. Dari warisan sejarah Sultan Selangor awal, tempat mendarat tentera Jepun hinggalah pembangunan dari sektor perladangan.


☑️ ""Teori Misteri Banglo Usang Seri Pantai, Pantai Morib Dipetik daripada laman web https://www.belangtarung.com/

Pantai Morib pada awalnya diperkenalkan oleh kerajaan British yang menjajah Tanah Melayu ketika itu. Pada asalnya Morib sudah wujud di zaman pemerintahan Raja Mon lagi iaitu tahun 1893, akan tetapi mula popular apabila pihak British menjadikan Pantai Morib sebagai salah satu destinasi orang ada-ada ketika itu sebagai tempat beriadah.

Jika diperhatikan banyak monumen dan bangunan sekitar Banting yang mempunyai nilai sejarah penjajahan kuasa asing. Salah satunya 'Banglo misteri di Pantai Morib'.Banglo Seri Pantai , Pantai Morib dibina pada tahun 1940-an.Bekas pejabat pegawai tentera British Terdetik di hati, apakah kisah dan sejarah di sebalik rumah usang ini ? Rumah usang yang menghadap laut yang mungkin menjadi tarikan kepada pelapis uncle seekers untuk mengesan aktiviti paranormal. Masih tersergam meskipun sudah usang dan tiada sebarang usaha merobohkannya, atau rumah ini memiliki kisahnya tersendiri. Apabila ditanya di bahagian 'search' di google tiada sebarang jawapan bertulis atau video yang mampu merungkai rasa ingin tahu penulis dengan rumah usang ini.

Dari hipotesis sendiri penulis cuba untuk memberikan 'taakulan' atau tekaan apakah motif, kisah dan sejarah pembinaan rumah ini. Jika berhujah dengan perkataan 'taakulan' semestinya ini hanya teori, teori berdasarkan kiasan dari sumber tertentu meskipun begitu sedikit peratusan untuk sahih. Penulis cuba untuk memberikan satu persoalan bagi mereka yang betul-betul tahu akan kisah ini boleh berkongsinya.

Dari teori dan pandangan penulis, berdasarkan kepada sejarah Pantai Morib itu sendiri. Setelah kemasukan tentera Jepun yang zalim ke Tanah Melayu ketika itu, British begitu tertekan dan memerlukan bantuan dari luar. Solusinya, tentera British telah membawa askar Gurkha dari India dan Sri Langka untuk memperkuatkan ketumbukkan askar British yang sedia ada. Jelas bahawa Pantai Morib menjadi hab pemerintahan British ketika itu. Selain dari tempat turunnya askar simpanan, semestinya pantai Morib adalah tempat pengumpulan logistik peperangan British.

Tidak hairanlah jika melalui kawasan sekitar Morib terdapat banyak peninggalan rumah lama yang bersenikan rumah rekabentuk British dan salah satunya adalah Banglo Seri Pantai Morib.

Banglo Seri Pantai Morib mungkin adalah sebuah bangunan singgahan tentera British dalam usaha memperkuatkan askar British melawan Jepun, lebih tepatnya menakluk semula Selangor yang telah dijajah Jepun.

Jika dilihat dari aspek rekabentuk dan seni 'architecture' banglo ini menyamai konsep senibina penjajah British di Tanah Melayu. Ketinggian dan segmen dalam banglo.Peratusan untuk banglo ini dahulunya adalah sebuah bangunan pentadbiran adalah lebih tinggi memandangkan Pantai Morib merupakan kawasan pengumpulan bukan sahaja askar gurkha dari india malah turut menjadi pusat logistik barangan ketenteraan. Maka boleh disimpulkan bahawa banglo seri pantai ini adalah sebuah banglo singgahan British untuk beriadah dan juga menjadi sebuah bangunan pentadbiran urusan ketenteraan di 'pangkalan' pantai Morib ini. Penyataan ini juga turut diteguhkan melalui transkrip temubual dengan penduduk tempatan yang menyatakan banglo-banglo tinggal sekitar Pantai Morib adalah sebahagian bangunan pemerintahan tentera British di zaman Jepun.""

P/s: Cuma nak pesan kalau datang bersantai di Pantai Morib jangan terlalu alpa dengan tangan² ghaib berbulu yg suka meratah dan menjamah makanan anda yg tidak dijaga 🤭

~wallahua'lam...







Credit: Aku Budak Telok, Belangtarung, Google

Comments

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL
Boleh dapatkannya melalui kedai² kami di TikTok Shop, Shopee, Lazada & eDesa (Lihat di sidebar)

All time featured

Pantai Morib Ditutup Sementara

Tanda Waqaf dalam Al Qur’an Beserta Maknanya

Jom Masak Nasi Lemak Pandan

Kisah hotel bertukang ditengah malam

Anyone..?

Charismatic bloggers