Habbatus Sauda

 Bismillah...

Antara produk² yg aku jual ialah produk berasaskan habbatus sauda atau nama lainnya jintan hitam dan nama saintifiknya Nigella Sativa. 

Kalau bangsa bangla memang biasa dengan habbatus sauda ni. Kalau perasan, mereka selalu akan kunyah² jintan ni sambil bekerja. Tujuan untuk boost energy diorang. Itu ikut apa yg aku tahulah masa kalau bekerja membabitkan diorang ni. Bangla tak panggil habbatus/jintan/nigella tapi diorang lebih tahu kalau kita sebut "kallijirah" - ejaan tak sure la pulak tapi bunyinya mcmtulah 🤭

Diorang makan kallijirah ni pun ada cara. Ambil secubit letak atas tapak tangan, kendian dilenyek²kan/tenyeh sampai berabuk. Yg abuk tu dibuang & kunyah biji jintan tu. Dah rasa habis dalam mulut, diorang sulam dengan air kosong banyak².

Biji habbatus ni dia rasa pedas² jintan. Lepas makan badan memang akan terasa panas sikit. Selain dari makan begitu aje, diorang ni pun suka campurkan dalam masakan mcm sup/kari/inti kuih/dalam doh roti. Bagi aku kalau buat sup atau kari, rasanya lebih naik. Terasa berempah 👍🏼

Banyak kebaikan mengamalkan habbatus sauda ni. Aku suka amalkan kalau dulu bila kena kerja trip out-station jauh². Badan memang rasa segar & bertenaga. Tapi jangan ambil terlalu banyak dalam satu² masa sebab jintan ni akan buat badan terasa panas k..

Musim² covid-19 ni mcm² penyakit timbul. Aku sarankan amalkan makan/kunyah habbatus ni secubit sehari. Plus skg ni sudah banyak pilihan yg sudah siap diproses contoh eh dalam bentuk kapsul atau cecair. Kalau nak cuba boleh je order dekat online shop NurAzizOnline. Katanya siap buat penghantaran seluruh Asia. Harga pun berpatutan. Takat Malaysia - Sabah/Sarawak tu delivery charge singgit je. Kalau mood abang posto menawan dia bagi free delivery 😱

Info Lanjut - Khasiat² dan Kelebihan Habbatus Sauda boleh terus ke 👉🏼 INFO HABBATUS 👈🏼


Dapatkan produk-produk alamiah, dijamin kesuciannya dengan Harga Yang Berbaloi DISINI

p/s: Barang baik kita kongsi, benda buruk kita jauhi.. santai² jer

Comments

  1. Bahan herbal memang mengandung banyak manfaat dengan efek negatif yang minim. Terimakasih kak infonya.

    ReplyDelete
  2. habbatus sauda mmg bagus terutama sebagai makanan ksihatan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih sudi berkongsi pendapat/komen ~ You comment I follow..

Penafian: Segala kandungan blog adalah nukilan dan pendapat penulis kecuali yang di tag sumber|credit|hak-cipta|copy|salinan dimana ianya diambil dari penulisan/gambar yang membenarkan salinan. Nukilan dan pendapat adalah dasar pemikiran telus dari penulis tanpa sebarang ajakan/dorongan/provokasi oleh/kepada mana² pihak. Sebarang salinan/perkongsian yang diambil dari blog ini adalah Dibenarkan dan semoga diberikan sedikit credit adalah sebaiknya - Azmer Shahar ©

CLAIM YOUR OFFER NOW!

CLAIM YOUR OFFER NOW!
Daftar dan dapatkan RM80.00/20% Diskaun pembelian sekarang..

All time featured

Adab Dalam Memberi Nasihat dan Teguran Dalam Islam

MSG yang mampu menyuburkan pokok

Misteri Banglo Usang Seri Pantai, Pantai Morib

Anyone..?

Charismatic bloggers