Highway Gombak Karak Berhantu?
Bismillah...
Bila cakap pasal highway karak ni, macam² la kan yg mula bermain dalam kepala otak kita 😁 Tak habis² dengan puaka suaka muaka bagai semua keluar!
Cerita pasal highway karak ni, aku memang ada kenangan betul punya kenangan di sana. Pengalaman yg susah nak dilupakan. Nak kata pahit pun tak, manis pun idok ler..
Cerita ni dah agak lama. Masa tu aku kerja driver lori gdl muatan 3 ton. Dah memang hari² aku dan 2 org kelendan (bangla muslim) akan merayap hantar barang/stok pada pelanggan syarikat. Aku banyak "main" area timur selain melaka & perak (cameron highlands)
Satu hari tu memang dah jadual setiap bulan aku akan naik ke Terengganu. Sebulan sekali kami akan ke sana menghantar stok/tempahan. Biasanya memang sudah ditunggu²lah time ni sebab boleh borong keropok, pekena sotong sumbat & pagi² merayap cari sarapan nasi kerabu 😋 Termasuklah yg dua org kelindan aku. Naik Terengganu makan pun dah tak pandang kari.. paling feberet diorang ni akan makan makan makan nasi² campur. "Syidap la baiyaa.."
Nak dijadikan cerita, hari yg kami nak naik Terengganu tu memang meriah lah. Kawan² driver lain pun siap pesan kirim mcm² Pukul 7 kami dah start bertolak. Naik sana kena pagi awal² sebab jalan tak banyak kenderaan dan sejuk. Senang nak control naik/turun jalan berbukit. Mata pun tak penat & enjin pun maintain.
Dalam aku drop gear - push gear dengan loading yang agak berat, sampai lah kami dekat kawasan rehat gombak (gerai lemang) Tengok kiri kanan, depan belakang jalan ok clear. Aku biasanya akan paling awas dengan rider motor. Sebab motor ni lah yg paling susah nak nampak dari atas lori. Tau-tau prengggggg dia selit dtg dari celah mana!
Tengok kiri nampak ada lori rosak, hmmm biasalah benda² mcmtu abam² driver kena tanggung/hadap tak kira timing. Naik lagi sampai ke laluan yg aku rasakan paling "berat" Drop gear pun kena lembut² bagi naik pelan tapi jangan sampai mengerang mcm beranak anak sulung. Ok.. lepas, depan ada lagi. Kita layan, pelan² janji jalan. Tup-tup masa dah nampak bayang terowong aku mula rasa lain 😱
Pandang kanan clear.. pandang cermin sisi semua ok Alhamdulillah clear. Kelindan aku dah mula tepuk² bahu aku. Makin lama makin kuat dia tepuk! Aku dah mula semacam. Dengan tawakkal aku bagi signal kiri (Alhamdulillah masa tu jalan tepi tak ada motor) Tak sampai berapa saat aku terus masuk lane/lorong kecemasan. Tepat lori aku masuk lorong tu terus putih asap!!! Satu cabin penuh asap. Belum sempat aku matikan enjin tau-tau kelindan aku dah menyapa dari luar pintu driver. "Aikkkk.. bilo maso lak awak org sudah keluar?" Pelik aku 😁 laju betul diorang ni melompat.
"Abang turun! Turun!.." jerit salah sorang baiya tu. Enjin masa tu memang dah "padam" Cuba start memang membazir masa je lah. Aku pun turun & buka kepala lori. Berdesir bunyi siap kepulan asap putih dah macam kabus. "Melokek!!" Panas juga hati dibuatnya. Tapi apakandaya dah namanya driver gdl. Kenalah hadap. Rupanya enjin lori kami terbakar. Hangus head! Lepas beberapa minit aku buka & periksa lagi enjin. Masa ni enjin dah mula sejuk. Tangki air kering. Tangki reserve pun kering. Tekak pun dah mula kering. Masa pun dah masuk tengahari.
Alamatnya punah lah semua harapan 😁 trip ke Terengganu bulan ni kita cancel haha.. sedih je muka kelindan aku. Dah berangan mengidam nasi dagang, nasi kak wok, nasi kawah amboi..
Pendekkan cerita, syarikat aku hantar towing. Tarik kami dari Genting patah balik ke warehouse. Aku pun seronok sebab ni kali pertama aku "bawak" lori sambil baring² 😂
Nak dijadikan cerita, tangki air lori tu reput & ada keretakan. Water pump pulak sangkut. Memang paneh lah kawan tu.. aku pulak dok tekan² meneran² kawan tu naik turun bukit bawa full loading.
Pengajarannya, walau "seconfident" mana pun kita dengan kenderaan kita, tiap kali kalau dia nak merajuk totap akan merajuk! Harap kito yo lah nak tahan ke tak tahan..
Nota kaki: Gambar kelindan bersantai sambil berkelah tepi bukit laluan Genting - Karak. Mano nak dapek?!
Comments
Post a Comment
Terima kasih sudi berkongsi pendapat/komen ~ You comment I follow..
Penafian: Segala kandungan blog adalah nukilan dan pendapat penulis kecuali yang di tag sumber|credit|hak-cipta|copy|salinan dimana ianya diambil dari penulisan/gambar yang membenarkan salinan. Nukilan dan pendapat adalah dasar pemikiran telus dari penulis tanpa sebarang ajakan/dorongan/provokasi oleh/kepada mana² pihak. Sebarang salinan/perkongsian yang diambil dari blog ini adalah Dibenarkan dan semoga diberikan sedikit credit adalah sebaiknya - Azmer Shahar ©