Posts

Showing posts with the label memories

Kisah hotel bertukang ditengah malam

Image
Bismillah... Dalam bulan ni entry rumah puaka taman chendana aku melonjak pulak. Agaknya bulan seram kot hehe.. Sebabkan entry tersebut membuatkan hati aku dipanggil-panggil nak celoteh tentang pengalaman aku semasa bertugas beberapa tahun dahulu. Masa tu aku dihantar bertugas ke Ipoh untuk seminggu. Agaknya dah memang rezeki aku kot suka "berkenal-kenal" dengan makhluk Allah yang jenis ni. Celoteh pengalaman lalu Banyak sebenarnya cerita-ceriti seumpama yang aku lalui sendiri. Macam aku cakap tadilah, mungkin rezeki aku kot selalu "dapat" macamni. Tugas aku ni sejak awal dulu memang banyak membabitkan perjalanan merentas negeri dan daerah - tapi yang ni lain kalilah aku cerita kot. Balik pada cerita hotel. Masa tu aku dihantar ke Ipoh, Perak. Aku biasanya lebih suka memilih hotel-hotel 2 atau 3 bintang jer. Sebabnya lebih murah dan mudah. Sekadar untuk berehat dan melepaskan kepenatan seharian bertugas. Seminggu aku stay kat hotel tu. Tak ingat pula apa namanya h...

Kenangan Bersama Sicomel Toby

Image
 Assalam... dan semoga sejahtera untuk semua. Dua tiga hari ni aku sibuk sikit. Tak sompek nak pumpang-² dalam blog ni. Bukan sibuk apa pun, just buat full update sistem platform dan stok untuk Nur Aziz Online ajer.. Dalam sibuk-sibuk tu teringat pulak kat sibulus kami, toby.. Apalah khabar dia sekarang kan? Kalau ikutkan umur bulus dia, kiranya dah tua juga. Sejak kawen denga  cik meow makcik jiran seberang, datang jenguk ke sini pun sesekali ajer. Sampai hati kau toby haha.. Kenangan masa baru nak sembuh dari sakit mata Toby ni kami ambil dia sejak umur dua minggu. Asalnya kematian ibu. Tuan asalnya mencari kuarga angkat untuknya. Kesian.. mula-mula dapat dia kena sakit mata. Alhamdulillah dalam seminggu sembuh. Cuma dia ni tak suka susu. Jenuh bagi dia susu macam-macam jenis dan jenama, tetap dia tak nak. Yang dia suk minum air kosong ajer.. Toby ni paling suka kalau kami bawa jalan-jalan naik kereta. Kalau tidor pulak mesti nak kat tengah-tengah antara aku dan Nur Aziz. L...

Time Traveling - Usah Dikenang Barang Yang Lepas

Image
 Bismillah... Barang yang lepas jangan dikenang-kenang, kelak boleh merana badan.. haha Bosan-bosan hari minggu aku cuba ingat-ingatkan semula blog-blog yang aku pernah ada dulu. Susan juga nak recall sebab zaman tu kebanyakan blogger akan cipta 4 ke 5 blog. Trafficking bukan macam sekarang der.. haha nak survive kenalah buat sampai 4 ke 5 blogsite. Entry yang menimbulkan kontrovesi Aku bermula dari arena blogstarz/blogstars (tak sure dah mana satu ejaan betul) Kalau tanya apa nama blog aku masa tu memang tak lah kan haha - seriously langsung tak dapat nak recall. Yang seingat mampu masa tu dalam sekitar tahun 2005/2006. Dari satu blogsite ke satu blogsite aku dan rakan-rakan blogger yang seperjuangan belajar sikit demi sedikit tentang blogging ni. Almaklumlah masa tu pun kami menyahut seruan kerajaan dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang menggalakkan agar rakyat belajar dan terokai dunia blog dan e-commerce. Yang paling dapat aku recall ada 4 blogsite kot haha (jang...

Kisah Seram Rumah Puaka Taman Chendana

Image
 Bismillah... Ini cerita pengalaman aku masa bertugas di Johor Baharu kira-kira hampir 20 tahun dulu. Aku tak berapa nak recall tahun apa tapi yg seingat aku masa tu anak bongsu masih lagi dalam pra-sekolah. Dari Damansara aku berpindah ke Johor Baharu. Mulanya aku ditempatkan di rumah sementara di Kota Masai. Masa tu kawasan ni baru je siap. Selang dalam beberapa bulan aku diberi pula rumah kediaman lain. Disini lah bermulanya cerita rumah puaka ni. Aku tak berapa pasti apa nama taman ni. Yang seingat aku ianya antara Bakar Batu dan Taman Rinting, Masai. Memang excited bila kami mula-mula masuk ke rumah tu, mana taknya.. rumah semi-D yang luas dan bertempat di atas bukit. Kalau waktu malam dari depan rumah boleh nampak kerdipan lampu-lampu neon dan kereta di taman-taman kawasan Plentong, Bakar Batu dan Selat Tebrau. Sumber: Bing - Gambar hiasan Pada awalnya semuanya normal ajer. Tak ada yang pelik dan aneh pun. Tapi selepas beberapa bulan aku mula rasa ada kelainan dalam rumah tu....

Nur Aziz Masuk Wad - Sunyi Sepi Kerinduan

Image
 Bismillah... Dengan namaMu Ya Mujib Ya Zaljalaliwal ikram hambabMu  hambaMu yang kerdil lagi hina memohon kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan-urusan. Dijauhi dari penyakit dan kesakitan serta wabak. Ampunilah dosa-dosa kami, ampunilah dosa-dosa kami, ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... Minggu ni aku kurang tumpuan sikit dengan blog update. Online trading pun dah kucar-kacir haha.. Penyokong kuat a.k.a tulang belakang aku telah ditahan di hospital. Nur Aziz - dirinya di diagnose anemia.. masa ditahan tu bacaan darahnya sudah bawah 4! Subhanallah, kalau diikut kata doktor keadaan tu sudah agak bahaya. Terus disusulkan ke wad kecemasan dan sepanjang satu hari juga aku risau tak dapat nak meneman isteri tersayang. Dari jauh kusampaikan kerinduan Dari awal pagi sampailah hampir waktu maghrib, barulah aku dapat nampak isteri aku yang sedang lemah terlantar dikatil. Nurse dan petugas-petugas lain sedang sibuk menyiapkan Nur Aziz untuk dibawa ke wad sarin...

Highway Gombak Karak Berhantu?

Image
Bismillah... Bila cakap pasal highway karak ni, macam² la kan yg mula bermain dalam kepala otak kita 😁 Tak habis² dengan puaka suaka muaka bagai semua keluar! Cerita pasal highway karak ni, aku memang ada kenangan betul punya kenangan di sana. Pengalaman yg susah nak dilupakan. Nak kata pahit pun tak, manis pun idok ler.. Cerita ni dah agak lama. Masa tu aku kerja driver lori gdl muatan 3 ton. Dah memang hari² aku dan 2 org kelendan (bangla muslim) akan merayap hantar barang/stok pada pelanggan syarikat. Aku banyak "main" area timur selain melaka & perak (cameron highlands) Satu hari tu memang dah jadual setiap bulan aku akan naik ke Terengganu. Sebulan sekali kami akan ke sana menghantar stok/tempahan. Biasanya memang sudah ditunggu²lah time ni sebab boleh borong keropok, pekena sotong sumbat & pagi² merayap cari sarapan nasi kerabu 😋 Termasuklah yg dua org kelindan aku. Naik Terengganu makan pun dah tak pandang kari.. paling feberet diorang ni akan makan makan ma...

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL
Boleh dapatkannya melalui kedai² kami di TikTok Shop, Shopee, Lazada & eDesa (Lihat di sidebar)

Anyone..?

Charismatic bloggers