Pantai Morib Ditutup Sementara

Assalaam...wbt Rasanya lama sangat tinggalkan blog ni. Jangan kata berkulat, entah macam² lagi yg tumbuh kalau lama sangat tinggalnya 🤣 

pantai_morib
Kerja² pemuliharaan Pantai Morib


Untuk entry yg pertama sejak berkurun membisu ni nak mulakanlah dengan kisah sedih bila datang bersiar di Pantai Morib. Nak kata sedih sangat pun tak juga. Nak gembira pun tak juga. 

Lama juga dah perhatikan. Dari info² yg ada cuma tahu sekarang ni Pantai Morib akan ujud industri perhotelan mewah. Tapi tak tahulah tentang kesahihannya setakat mana.

Tapi apa yg pasti sekarang ni tengah musim ombak besar. Pantai Morib pun tak lari dengan fenomena ni. Tahun ke tahun pantainya terus menerus bertahan menempuh pukulan ombak besar ni.

Cuma kali ni ada cerita lain sikit. Pantai Morib tengah rancak dalam kerja² penambah-baikan yang ekstrim. Kalau diikutkan sepertimana tertera dipapan tanda kerja² penambah-baikan ni akan berlaku sehingga tahun 2026. Agak lama juga tu.

Nak diikutkan, bukanlah seluruh kawasan ditutup. Tapi buat masa sekarang hanya persisirannya sahaja. Kawasan sekitarnya masih lagi boleh dikunjungi seperti biasa.

Tak sabar rasanya nak lihat perubahan yg bakal terjadi pada Pantai Morib nanti. Harap² semuanya berjalan lancar..

Comments

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL
Boleh dapatkannya melalui kedai² kami di TikTok Shop, Shopee, Lazada & eDesa (Lihat di sidebar)

All time featured

Adab Dalam Memberi Nasihat dan Teguran Dalam Islam

Tanda Waqaf dalam Al Qur’an Beserta Maknanya

Rawatan sakit mata

Kisah hotel bertukang ditengah malam

Anyone..?

Charismatic bloggers