Posts

Showing posts with the label berita

Pantai Morib Ditutup Sementara

Image
Assalaam...wbt Rasanya lama sangat tinggalkan blog ni. Jangan kata berkulat, entah macam² lagi yg tumbuh kalau lama sangat tinggalnya 🤣  Kerja² pemuliharaan Pantai Morib Untuk entry yg pertama sejak berkurun membisu ni nak mulakanlah dengan kisah sedih bila datang bersiar di Pantai Morib. Nak kata sedih sangat pun tak juga. Nak gembira pun tak juga.  Lama juga dah perhatikan. Dari info² yg ada cuma tahu sekarang ni Pantai Morib akan ujud industri perhotelan mewah. Tapi tak tahulah tentang kesahihannya setakat mana. Tapi apa yg pasti sekarang ni tengah musim ombak besar. Pantai Morib pun tak lari dengan fenomena ni. Tahun ke tahun pantainya terus menerus bertahan menempuh pukulan ombak besar ni. Cuma kali ni ada cerita lain sikit. Pantai Morib tengah rancak dalam kerja² penambah-baikan yang ekstrim. Kalau diikutkan sepertimana tertera dipapan tanda kerja² penambah-baikan ni akan berlaku sehingga tahun 2026. Agak lama juga tu. Nak diikutkan, bukanlah seluruh kawasan ditutup. Ta...

Marshal berlagak polis trafik diburu

Image
 Macam-macam hal betul sekarang ni. Takde koje cari koje. Buat koje siye-siye tumpo demê.. Nak cakap panjang-panjang pun bukan budak lagi, dah tahap bapak budak kot haha. Kome suke ler.. Gambar hiasan | Sumber: Bing Port Dickson: Polis sedang mengesan pengiring (marshal) konvoi motosikal berkuasa tinggi yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong di sini, seperti yang tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, video yang tular itu menunjukkan aksi marshal memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan ahli konvoi melalui persimpangan lampu isyarat berkenaan. Katanya, rakaman video berdurasi satu minit 10 saat yang dimuat naik ke laman sosial Facebook oleh pemilik akaun Epul Adam Helmet Bajet yang menunjukkan aksi marshal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong. "Ketika kejadian lampu isyarat jelas berwarna merah dan tujuan tindakan ...

Hormati Sensitiviti - Arak Jenama Timah

Image
  " CONTOH UNTUK MUDAH DIFAHAMI KENAPA RAMAI YANG BANTAH " Kenapa kami boleh hormati anda tapi anda tak boleh hormati kami?? Gambar hiasan Berapa banyak bangunan di Malaysia tiada nombor 4?? Tapi kami tak pernah pertikaikan anda sebab kami faham dan tahu erti 'HORMAT' Bantahan kepada nama arak jenama Timah mendapat bantahan adalah wajar kerana ramai berpendapat nama itu tidak sesuai kerana dua sebab, namanya dan bahasa Nama   Nama timah sangat popular dari kalangan umat Islam gambaran seakan akan merujuk kepada puteri Rasulullah iaitu Saidatina Fatimah az-Zahrah ialah merupakan puteri bongsu yang mulia Rasulullah SAW , Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Siti Fatimah al-Zahra dilahirkan pada hari Jumaat 20 Jamadil Akhir iaitu tahun kelima sebelum Nabi SAW menjadi Rasul Bahasa   Bahasa timah merujuk juga kepada nama singkatan yang biasa rakyat malaysia guna pakai, biasanya menyapa nama mengunakan nama panggilan singkatan yang pendek, singkatan panggi...

Amaran Air Pasang Besar - Jauhi Kawasan Pantai III

Image
 Syukur kehadrat Illahi... kerana masih diberi kesempatan untuk berkongsi disini. Kalau sebelum ini sudah diberi amaran berkenaan air pasang be sar untuk bulan Oktober 2021 dan kini sekali lagi fenomena air pasang besar akan melanda pantai-pantai Malaysia Barat khususnya daerah Kuala Langat. Amaran yang dijangka akan belaku pada 3hb. sehingga 7hb. November depan telah dikeluarkan oleh pihak penguasa tempatan MPKL. KUALA LANGAT - Orang awam dilarang memasuki kawasan peranginan pantai di daerah ini sepanjang fenomena air pasang besar dan peralihan monsun timur laut yang bermula minggu depan. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, air pasang besar dijangka berlaku bermula 3 hingga 7 November depan. Menurutnya, MPKL akan menggerakkan petugas bagi membuat pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan terlibat. "Antara kawasan yang dijangka berlaku limpahan air seperti Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib...

Jangan Pandang Remeh | KFC McD Semua Pandu Lalu

Image
Bismillah... Rasanya ramai yang sudah tahu, cerita seorang gadis istimewa yang meluahkan rasa sedihnya kerana sikap segelintir golongan yang diskrimimasi  diskriminasi. Sedih juga bila tengok masih lagi ujud golongan-golongan yang boleh dikatakan mendiskriminasi hak dan kekurangan seseorang. Kita sudah jauh kehadapan kot. Seriously.. aku memang tak faham! Video: TikTok @aira_meor  Sumber: Facebook @Rizal Hakimm Punyer

Vendor Dan Rider Panda Mula Bosan II

Image
  Kami dah penat mengadu sana sini - Begitulah ayat yang keluar dari rata-rata vendor di salah satu syarikat servis penghantaran terkenal di Malaysia. Kami dah penat buat aduan di portal itu dan ini Tapi tiada yang mendengarkan kami, tiada yang ambil tahu nasib kami. Kami keluarkan modal , kami masak penat-penat, akhirnya kami yang berhutang kepada syarikat! Modal habis, penat percuma, yang untungnya syarikat besar! Jadi kami buat dengan cara kami: !VENDOR NEKAD BOIKOT ! [2 HARI SEMUA VENDOR TUTUP PERANTI FP] 1-2 NOVEMBER 2021 Sebarkan dan sedarkan rakan vendor lain untuk bersama kita demi kebajikan dan keselamatan vendor daripada dimanipulasi oleh syarikat besar. *Terbaru, pesanan yang dibatalkan akan dibayar kepada vendor sebagai ganti rugi kos penyediaan bahan masakan . Namun FP tetap mengenakan caj 30-35% ke atas bayaran tersebut. Bukti lihat di gambar belakang sekali.  Nak terus menindas vendor? KAMI OK JE KAMI BOIKOT  KAMI TUTUP FP, BUKA PLATFORM LAIN * Petikan dari...

Bantuan Kehilangan Pendapatan BKP RM500 Dibayar Pada 26 Oktober

Image
 Kerajaan menyedari keluhan ramai yang kehilangan punca pendapatan mengenai kesukaran meneruskan kehidupan seharian. Selari dengan dasar kerajaan, tiada ahli Keluarga Malaysia yang akan tersisih dan kerajaan akan memastikan kemakmuran ekonomi akan dinikmati bersama. Oleh itu, sukacita saya umumkan bayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 secara “one-off” akan dibuat bermula esok (Selasa, 26 Oktober 2021). Bantuan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM434 Juta demi memberi manfaat kepada seramai 870,000 individu yang hilang pendapatan tahun ini.  Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat melalui portal BKP bermula esok. Kerajaan akan terus membantu dan menyantuni Keluarga Malaysia dengan inisiatif serta apa jua bentuk bantuan yang dapat meringankan beban mengharungi waktu-waktu sukar ini. Sumber: Laman facebook rasmi DS Ismail Sabri Yaakob Semakan Bantuan BKP: LAMAN RASMI BKP

October Boycott - Vendor Dan Rider Panda Mula Bosan

Image
 Assalamu'alaikum dan salam sejahtera... Hari ni 25 Oktober 2021 dikatakan hari hampir kesemua vendor (pembekal/pengusaha) yang berusahasama dengan salah satu syarikat servis penghantaran terkenal. Kisahnya apa yang aku tahu sikit-sikit melalui socmed ialah berpunca dari rasa ketidak-puashatian oleh peniaga/vendor. Mereka terasa tertekan dan ditekan oleh syarikat utama tersebut. Syarikat ni memang agak terkenal dan berpusat di Bangsar South, Kuala Lumpur. Tindakan Boikot Perlu ke kita boikot? Sebabkan masalah vendor, maka kita sebagai pengguna turut sama boikot? Macamana dengan nasib-nasib mereka yang menjadi 'rider' Ok.. perkara ini tidak membabitkan pengguna. Kenapa nak boikot? Bagi pendapat akulah, boikot untuk sesuatu/keadaan itu perlu. Sebagai rakyat yang kerdil macam aku ni, boikot adalah jalan terbaik bagi membantu penindasan oleh pihak-pihak besar/gergasi seperti syarikat penghantar ini. Boikot juga boleh membantu dalam kita menggantikan "suara" kita yang ...

Hujan lebat di lima negeri mengakibatkan lebih 1,000 penduduk

Image
 L ebih 1,000 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan kediaman mereka dilanda banjir. Di MELAKA, seramai 590 orang daripada 155 keluarga di Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah ditempatkan di sembilan PPS pagi ini berbanding 493 orang daripada 130 keluarga tengah malam tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol Cuthbert John Martin Qudra dalam kenyataan berkata, daripada sembilan PPS itu, tiga daripadanya adalah di Melaka Tengah yang menempatkan 257 orang daripada 60 keluarga, tiga di Jasin yang menempatkan 182 orang daripada 48 keluarga serta tiga lagi di Alor Gajah yang menempatkan 151 orang daripada 47 keluarga. Di SELANGOR, 267 orang ditempatkan di empat PPS setakat 5.30 pagi tadi selepas sembilan kawasan mengalami banjir kilat susulan hujan lebat sejak petang semalam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis dalam kenyataan berkata, 200 orang daripadanya ditempatkan di PPS Surau Abadi, P...

Amaran air pasang besar - jauhi kawasan pantai II

Image
 Bismillah... 8 - 10 October 2021, Amaran air pasang besar - jauhi kawasan pantai telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Ini terkesan juga dengan pantai² berdekatan tempat aku. Kalau tengok ke kawasan pantai memang agak sepi. Tak "keriau" macam selalunya. Cuaca kawasan tempat berhampiran pun terasa lain dalam seminggu ni. Malam terasa mebahang dan siangnya berangin tapi panas . Lokasi: Pantai Morib Hari ini aku saje² singgah nak lihat keadaan. Nampak pihak berkuasa tengah buat pruning. Banyak pokok² yg dah tua di persiaran pantai ni. Ada juga seorang dua yg duduk berehat dan ada juga yg saje² jalan² (mcm aku)  Aku mulakan dengan pantai Morib . Pihak berkuasa tempatan nampak sibuk dengan tugas-tugas pembersihan dan mencantas pokok². Ye lah 2-3 hari pantai dilanda angin kuat. Bezanya Morib ni ada tebing tinggi bertujuan menahan ombak kuat. Lokasi: Pantai Kelanang Lepas aku menyemakkan diri di Morib, aku menyusur pula ke Pantai Kelanang. Dekat sini pantainya ada bekas...

CENTRAL Spine Road (CSR) Bentong Lebu kini dibuka

Image
  CENTRAL Spine Road (CSR) dari Bentong ke Lebu dibuka hari ini untuk pengguna jalan raya. Laluan empat-lorong sepanjang 28.5km itu ialah bahagian Seksyen 5 (Kampung Asap – Kampung Sertik yang dikenali sebagai 5C dan Bentong yang dikenali sebagai 5D). Sumber: Media sosial Apabila dibuka, pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur atau Kuantan yang mahu ke Raub, Lipis dan Kelantan tidak perlu lagi melalui bandar Bentong. Mereka yang melalui lebuh raya Karak boleh memasuki CSR berdekatan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong sebelum keluar di Lebu untuk menyambung perjalanan ke jalan lama sedia ada. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dijangka hadir untuk membuka laluan itu hari ini. Wan Rosdy – yang memeriksa laluan itu di Mempaga minggu lepas – berkata sub-pakej 5C dan 5D itu adalah sebahagian dari laluan penuh sepanjang 350km yang merentasi dari Kuala Krai, Kelantan dan Bentong. “Seperti disebut oleh Perdana Menteri Datuk S...

Amaran air pasang besar - jauhi kawasan pantai 8-10 Oktober

Image
Penduduk di kawasan pesisir pantai di daerah ini disaran agar berwaspada sepanjang fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku esok hingga 10 Oktober ini. Antara kawasan yang terbabit ialah Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib , Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim berkata MPKL akan menggerakkan anggotanya untuk membuat pemantauan di kawasan tersebut yang telah dikenal pasti mengalami limpahan air laut. Amirul Azizan berkata, berdasarkan jadual air pasang surut, daerah ini dijangka mengalami paras air tertinggi pada 8 hingga 9 Oktober ini dengan ketinggian 5.6 meter sekitar pukul 6.30 pagi hingga 7.40 pagi. Tambahnya, keadaan pada Ahad pula menunjukkan trend penurunan dengan mencatatkan paras air tertinggi hanya pada 5.4 meter pada jam 8.13 pagi. Kata Amirul Azizan, ekoran fenomena itu, MPKL menutup kawasan peranginan pantai ...

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL
Boleh dapatkannya melalui kedai² kami di TikTok Shop, Shopee, Lazada & eDesa (Lihat di sidebar)

Anyone..?

Charismatic bloggers