Bismillah... ADAB DALAM MEMBERI NASIHAT DAN TEGURAN Agama Islam adalah agama yang sempurna, Islam bukan sahaja menyuruh umatnya untuk beribadah seperti sembahyang, puasa, menunaikan haji dan sebagainya. Malahan agama Islam juga menyuruh umatnya untuk menjaga kesejahteraan hidup, berkerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain. Oleh itu bagi mencapai tujuan tersebut, Islam mengajar umatnya untuk saling nasihat-menasihati dan tegur-menegur antara satu dengan yang lain. Menasihati dan menegur adalah perbuatan yang sangat baik dan dianjurkan dalam Islam, sememangnya kita sebagai manusia perlu mendapat teguran supaya kita menyedari kesilapan, kesalahan dan kelemahan diri sendiri. Sumber: Bing Perlu diingat, nasihat atau teguran yang disampaikan perlulah dengan adab dan sopan . Kerana tanpa adab dan cara yang betul, ia bukan sahaja akan menimbulkan salah faham bahkan akan menimbulkan kemarahan orang yang ditegur dan menyebabkan terja