MSG yang mampu menyuburkan pokok
Assalam & Salam sejahtera...
Lama betul tak update dalam ni. Punyalah busy sampai tak 'dan' nak belek blog.
Bila dah mula ada kelapangan baru lah nak belek-belek.. barulah nak luang masa hehe
Masa terluang ni jugalah aku biasanya suka membelek dan membelai pokok- pokok bunga depan laman. Terjumpa pula petua MSG ni. Rasanya memang iye kot sebab pernah cuba. Memang membuak-buak dia memontelkan diri haha Nanti ada kelapangan dilain masa aku akan cuba kongsi-kongsikan hasilnya..
Baruku Tahu😁
AJINOMOTO UNTUK BAJA TANAMAN
Ajinomoto kaya dgn MSG yg mampu menyuburkan pokok yang susah mahu berbunga dan berbuah. Dedaun sayur pula akan membesar dua tiga kali ganda saiznya, pertumbuhan tanaman lebih cepat, pokok bunga akan cepat berbunga dan pokok buah akan cepat berbuah.
Terdapat dua kaedah bancuhan Ajinomoto untuk tanaman pokok..
PERTAMA:
● Ajinomoto 1 sudu teh (5g) utk 1 pasu tanaman.
CARA MEMBAJA:
Tabur terus ajinomoto di sebelah pokok. Kemudian siram dengan air.
KEDUA:
1. Pokok kecil seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain.
● Ajinomoto 1 sudu makan (15g) + air 5 liter.
2. Pokok besar seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain. (Utk umur tanaman setahun ke atas).
● Ajinomoto 5 sudu makan (75g) + air 1 liter.
CARA MEMBAJA:
Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.
NOTA:
Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat.
Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yg tidak pernah berbunga akan mula berbunga. Demikian juga pokok yg tdk pernah berbuah akan mula berbuah.
Saya sudah cuba kaedah ini ..memang berkesan dan berhasil..
Semoga Bermanfaat...♥️
Kredit Group FB : Berkebun Di Rumah.
Terima kasih perkongsian.
ReplyDeletesame-same
Deletekene cuba jugak nih... macam menarik je
ReplyDeletecubalah.. saya cuba menjadik
DeleteTerhad kepada MSG atau boleh menggunakan apa - apa jenis garam?
ReplyDeleterasanya terhad kpd MSG shj kot
DeleteMenarik selalunya letak dlm masakan
ReplyDeleteArtikelnya menarik sekali kak..
ReplyDeleteSalam kenal yaa
Tak pernah lepas dari dapur :))
ReplyDeletewow baru tahu info ini terima kasih atas info
ReplyDelete