Khasiat Penting Yang Ada Pada Ikan Siakap

 Bismillah...

Hari ni aku dan Nur Aziz bermenukan ikan bakar dan sup sayur. Oleh kerana kesihatannya baru nak beransur pulih, kami sama-sama menukar diet yang rebus-rebus dan bakar-bakar sahaja. Diet terbaik untuk pesakit anemia ni disarankan doktor supaya perbanyakkan makanan sayuran hijau gelap dan makanan yang tinggi sumber iron.

Sambil-sambil aku bakarkan ikan tu, tiba-tiba teringat pada cik siakap yang heboh dan jadi topik hangat sekarang ni di socmed. Tapi aku tak nak la cerita pasal "tajuk makanan kayangan" ni.. cuma aku teringat pada cerita kawan-kawan nelayan aku. Siakap ni sebenarnya bukan calang-calang juga. Kalau diikutkan lebih 20 khasiat dan kebaikan yang tersimpan pada seekor siakap.

siakap.jpg

Antara yang aku boleh ingat ialah:

Menjaga kesihatan mata

  • Mempunyai sumber vitamin A yang baik untuk kesihatan mata
Mengatasi serangan jantung
  • Daging siakap ni dikatakan mempunyai nutrisi yang baik untuk menguatkan jantung
Masalah batu karang
  • Dengan mengamalkan memakan ikan siakap juga dikatakan mampu menghancurkan kristal batu karang dan akan keluar bersama urin bila kita buang air kecil
Mengawal lemak dalam badan
  • Isi ikan siakap baik untuk mereka yang mengawal berat badan, kerana isinya dikatakan boleh mengawal pembentukan lemak yang terkumpul
Baik untuk gigi
  • Kandungan sumber kalsium yang terdapat didalam isi siakap adalah tinggi dan baik untuk membentuk dan menjaga kekuatan gigi serta tulang
Meningkatkan metabolisme
  • Sangat baik untuk memberi tenaga dan kecerdasan. Menguatkan badan dari hilang tenaga dan meningkat kecerdasan
Mengawal tekanan darah
  • Pengamalan diet pemakanan daging isi ikan siakap mampu melancarkan peredaran darah dalam tubuh justeru boleh mengawal tekanan darah
Menaikkan nama*
  • Ini pula penemuan terbaru, dimana menu masakan siakap boleh melonjakkan nama seseorang ataupun nama sesebuah restoran dengan pantas
* Yang ni belum dapat kepastian kesahihannya..

P/s: Siakap bakar cicah kicap + sambal asam, nasi panas & duduk bawah pokok.. kau jangan tegur akulah masa tu haha

Comments

  1. Suka siakap masak stim limau.
    Hehe saya pun tiada komen sebab tidak tahu perkara sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab kes viral tu kita takyah kisah lah kot haha janji siakap stim limau memang sedap tu

      Delete
  2. masak sendiri puas hati, buat stim pun layan ikan siakap nih... yelah maklum ikan viral katakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masak stim isinya MasyaAllah.. memang tak terkawal makan

      Delete
  3. Replies
    1. dia makin femes sekarang.. dah boleh jadi maskot baru untuk Langkawi haha

      Delete
  4. patutlah ikan ini harga kayangan...

    banyak khasiat

    ReplyDelete
  5. Ni kalau perkena masak stim dengan 3R sedap ni.Hi3.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih sudi berkongsi pendapat/komen ~ You comment I follow..

Penafian: Segala kandungan blog adalah nukilan dan pendapat penulis kecuali yang di tag sumber|credit|hak-cipta|copy|salinan dimana ianya diambil dari penulisan/gambar yang membenarkan salinan. Nukilan dan pendapat adalah dasar pemikiran telus dari penulis tanpa sebarang ajakan/dorongan/provokasi oleh/kepada mana² pihak. Sebarang salinan/perkongsian yang diambil dari blog ini adalah Dibenarkan dan semoga diberikan sedikit credit adalah sebaiknya - Azmer Shahar ©

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL
Boleh dapatkannya melalui kedai² kami di TikTok Shop, Shopee, Lazada & eDesa (Lihat di sidebar)

All time featured

Pantai Morib Ditutup Sementara

Tanda Waqaf dalam Al Qur’an Beserta Maknanya

Jom Masak Nasi Lemak Pandan

Kisah hotel bertukang ditengah malam

Anyone..?

Charismatic bloggers