Bantuan Kehilangan Pendapatan BKP RM500 Dibayar Pada 26 Oktober
Kerajaan menyedari keluhan ramai yang kehilangan punca pendapatan mengenai kesukaran meneruskan kehidupan seharian.
Selari dengan dasar kerajaan, tiada ahli Keluarga Malaysia yang akan tersisih dan kerajaan akan memastikan kemakmuran ekonomi akan dinikmati bersama.
Oleh itu, sukacita saya umumkan bayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 secara “one-off” akan dibuat bermula esok (Selasa, 26 Oktober 2021).
Bantuan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM434 Juta demi memberi manfaat kepada seramai 870,000 individu yang hilang pendapatan tahun ini.
Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat melalui portal BKP bermula esok.
Kerajaan akan terus membantu dan menyantuni Keluarga Malaysia dengan inisiatif serta apa jua bentuk bantuan yang dapat meringankan beban mengharungi waktu-waktu sukar ini.
Sumber: Laman facebook rasmi DS Ismail Sabri Yaakob
Semakan Bantuan BKP: LAMAN RASMI BKP
Informasi yang berguna
ReplyDeleteTerimas..
DeleteSyukur... dapat juga yg perlu bernafas...
ReplyDeleteAlhamdulillah, ramai lagi yg masih terkesan
Deletesemoga dapat meringankan beban bagi yang terjejas
ReplyDeleteInsyaAllah...
DeleteSemoga BKP ni dapat meringankan beban rakyat yang memerlukan. Yang tak memerlukan jangan pula mohon. Itu dah menindas orang.
ReplyDeleteJumlah yg x seberapa tapi besar buat segelintirnya
DeleteKesian kpd golongan yg terjejas krna pkp. Bersyukurlah kerana kerajaan sanggup membantu...
ReplyDeleteAlhamdulillah...
Delete