Amaran air pasang besar - jauhi kawasan pantai 8-10 Oktober



Penduduk di kawasan pesisir pantai di daerah ini disaran agar berwaspada sepanjang fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku esok hingga 10 Oktober ini.

Antara kawasan yang terbabit ialah Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim berkata MPKL akan menggerakkan anggotanya untuk membuat pemantauan di kawasan tersebut yang telah dikenal pasti mengalami limpahan air laut.

Amirul Azizan berkata, berdasarkan jadual air pasang surut, daerah ini dijangka mengalami paras air tertinggi pada 8 hingga 9 Oktober ini dengan ketinggian 5.6 meter sekitar pukul 6.30 pagi hingga 7.40 pagi.

Tambahnya, keadaan pada Ahad pula menunjukkan trend penurunan dengan mencatatkan paras air tertinggi hanya pada 5.4 meter pada jam 8.13 pagi.

Kata Amirul Azizan, ekoran fenomena itu, MPKL menutup kawasan peranginan pantai dan kemudahan-kemudahan awam seperti medan selera dan kiosk di Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat.

“Orang ramai khususnya penduduk di daerah ini diingatkan agar tidak memasuki serta tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi di kawasan terlibat pada tarikh tersebut,” katanya.

Credit: Sumber - SelangorKini

Comments

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL
Boleh dapatkannya melalui kedai² kami di TikTok Shop, Shopee, Lazada & eDesa (Lihat di sidebar)

All time featured

Pantai Morib Ditutup Sementara

Tanda Waqaf dalam Al Qur’an Beserta Maknanya

Jom Masak Nasi Lemak Pandan

Kisah hotel bertukang ditengah malam

Anyone..?

Charismatic bloggers