Vendor Dan Rider Panda Mula Bosan II
Kami dah penat mengadu sana sini
- Begitulah ayat yang keluar dari rata-rata vendor di salah satu syarikat servis penghantaran terkenal di Malaysia.
Kami dah penat buat aduan di portal itu dan ini
Tapi tiada yang mendengarkan kami, tiada yang ambil tahu nasib kami.
Kami keluarkan modal, kami masak penat-penat, akhirnya kami yang berhutang kepada syarikat! Modal habis, penat percuma, yang untungnya syarikat besar!
Jadi kami buat dengan cara kami: !VENDOR NEKAD BOIKOT!
[2 HARI SEMUA VENDOR TUTUP PERANTI FP]
1-2 NOVEMBER 2021
Sebarkan dan sedarkan rakan vendor lain untuk bersama kita demi kebajikan dan keselamatan vendor daripada dimanipulasi oleh syarikat besar.
*Terbaru, pesanan yang dibatalkan akan dibayar kepada vendor sebagai ganti rugi kos penyediaan bahan masakan. Namun FP tetap mengenakan caj 30-35% ke atas bayaran tersebut. Bukti lihat di gambar belakang sekali.
Nak terus menindas vendor?
KAMI OK JE
KAMI BOIKOT
KAMI TUTUP FP, BUKA PLATFORM LAIN
* Petikan dari: Facebook - Food Panda Vendor Malaysia
Berkaitan:
Alahai kesian vendor. Ammi mmg xde install apps FP ni. Semoga nasib mereka yang teraniaya ni terbela
ReplyDeleteTulah, kesian meniaga tapi rugi semata
Deletetak pernah lagi guna khidmat FP biasa guna Grab je dari dulu sampai laaaa ni, pernah dengar juga keluhan FP, tak baik betul lah yang company besar janganla tindas yang dibawah...
ReplyDeleteYe betul..
DeleteTragis juga ni....
ReplyDeleteYe betul.. kesian juga tapi apa boleh buat? Kena buat langkah yg terbaiklah lepas ni
Delete