Kisah Seram Rumah Puaka Taman Chendana
Bismillah...
Ini cerita pengalaman aku masa bertugas di Johor Baharu kira-kira hampir 20 tahun dulu. Aku tak berapa nak recall tahun apa tapi yg seingat aku masa tu anak bongsu masih lagi dalam pra-sekolah.
Dari Damansara aku berpindah ke Johor Baharu. Mulanya aku ditempatkan di rumah sementara di Kota Masai. Masa tu kawasan ni baru je siap. Selang dalam beberapa bulan aku diberi pula rumah kediaman lain. Disini lah bermulanya cerita rumah puaka ni. Aku tak berapa pasti apa nama taman ni. Yang seingat aku ianya antara Bakar Batu dan Taman Rinting, Masai.
Memang excited bila kami mula-mula masuk ke rumah tu, mana taknya.. rumah semi-D yang luas dan bertempat di atas bukit. Kalau waktu malam dari depan rumah boleh nampak kerdipan lampu-lampu neon dan kereta di taman-taman kawasan Plentong, Bakar Batu dan Selat Tebrau.
Sumber: Bing - Gambar hiasan |
Pada awalnya semuanya normal ajer. Tak ada yang pelik dan aneh pun. Tapi selepas beberapa bulan aku mula rasa ada kelainan dalam rumah tu. Anak bongsu aku selalu akan kata "eh ada kakak kat luar tingkap" dan kadang-kadang tu ada anak-anak yang kata mereka nampak aku ditingkat bawah. Padahal biasanya waktu malam kami semua dah berehat di tingkat atas.
Ada masa, suhu didalam rumah juga akan terasa sangat bahang. Nak kata angin tengah panas, luar tu hujan! Puas juga kami usahakan macam-macam. Manalah tahu kan, kot rumah tu ada yang "tak kena" Tapi aku selalunya akan cuba berfikir positif "Allahu.. panasnya cuaca, agaknya nak ujan kejap lagi" macamtulah kebiasaannya aku cuba mengalih rasa aneh anak-anak bila terjadi perkara-perkara yang tak masuk akal dalam rumah tu.
Perkara ini berlanjutan sehinggalah pada satu hari yang aku tak boleh nak lupa. Jiran aku ni pasangan baru berkahwin. Dia duduk bersama dua orang adik lelaki bujang dan seorang adik perempuan. Nak dijadikan cerita, aku selalu juga menegur-negur adik perempuannya bila waktu pagi nak pergi kerja dan kadang-kadang malam waktu aku balik dari bertugas.
Apa yang mula menjadikan keanehan ialah kenapa adik dia ni aku selalu terserempak berlegar-legar di kawasan belakang rumah pada waktu lewat malam? Ada masa dan kebiasaannya aku memang lewat habis bertugas. Kadang-kadang sehingga pukul 1 pagi baru sampai kerumah.
Kisahnya pada satu hari hujung minggu, aku keluar pagi seorang untuk ke kedai mamak. Biasalah, cari roti canai.. tosei.. teh tarik. Kebetulan masa nak keluar aku bertembung dengan jiran ni yang juga nak keluar ke kedai mamak yang sama. So.. kami pun pergilah sama-sama. Sepanjang kami di kedai mamak tu sempat juga aku bertanyakan perihal adik-adik dia. Jiran aku ni agak rapat juga dengan aku sampai dianggapnya aku ni abang dia sendiri.
Dalam kami berbual dan bertanyakan hal adik-adik dia, aku tergamam bilamana dia cakap "biasalah bang, adik-adik saya ni lelaki ajer.. kadang-kadang susan susah nak blend-in dengan isteri saya. Dah lah isteri saya tu anak tunggal dan tak pandai nak layan adik-adik lelaki.." hahaha dia bercakap sambil ketawa. Habis tu, siapa budak perempuan yang lagi sorang tu? Tersentak juga aku masa tu, tak perasan pula soalan tu keluar dari mulut aku tiba-tiba.
Perempuan? Perempuan yang mana? Jiran aku pula yang jadi pelik sekarang ni. Aduhhhh pening..
Aku pun storylah pada dia yang tentang adik perempuan dia tu. Terkejut muka dia. Kalau ikut kata dia, dulu masa mula-mula aku pindah masuk kerumah tu dia yang perasan ingat aku ada anak perempuan 2 orang. Tapi bila dah lama-lama tak pula nampak lagi yang seorang tu. Dia pun kata "ingatkan anak abang dah balik asrama ke atau apa.."
Sejak hari itu, yang hairannya tak ada lagi kelibat "adik perempuan" tu samada waktu aku nak pergi atau balik kerja lewat malam. Kedaan didalam rumah aku juga kembali normal sepertimana kami mula-mula masuk dulu.
Tak panjang rezeki aku dengan jiran tu rasanya dalam sebulan lebih selepas kami borak-borak di kedai mamak tu dia berpindah. Katanya kena tukar ke Sabah. Dalam sebulan juga rumah tu kosong tak berpenghuni sampailah satu hari ada beberapa orang datang untuk tengok-tengok. Mungkin penyewa baru.
Aku pula, tak lama lepas tu berpindah ke Taman Rinting memandangkan ketidak-selesaan duduk dirumah semi-D tu. Walaupun ianya adalah rumah subsidi/tanggungan oleh syarikat yang aku bekerja tapi lebih selesa rasanya aku menyewa di rumah teres yang sedang-sedang dan tak perlu fikirkan perkara yang aneh.
Nota: Waktu beberapa orang datang untuk tengok-tengok tu yang aku perasan, sebuah keluarga 3 anak. 2 dewasa suami isteri, seorang lelaki remaja dan seorang gadis berumur sekitar awal 20an dan.... seorang adik perempuan yang raut wajahnya saling tak tumpah seperti "adik perempuan" jiran lama sebelum ini!
Siapa "adik perempuan" tu?
seramnya. semoga x terjadi kpd sy perkara2 mistik mcm ni.
ReplyDeleteHarapnya tidak.. Aamiin
Deletehuhuhu nasibla adik perempuan tu tak gangguan anak-anak dan keluarga encik kan....
ReplyDeleteAlhamdulillah tidak pulak.. just tunjuk2 kelibat ajer
Deleteuishhh siapakah perempuan itu??
ReplyDeletehaaa.. misteri sampai sekarang
DeleteEjaan Chendana tu pun dah seram.... heheheh
ReplyDeletehaha.. lupa betullah nama sebenar taman tu, so bedal je lah taman chendana
DeleteSerem kali ya kak, beruntungnya saya yang belum pernah mengalami hal seperti itu, meskipun pernah tapi tak seserem cerita kakak.
ReplyDeleteSalam sehat ya kak, mohon maaf baru sempat berkunjung.
Terima kasih atas doanya yg tak putus².. begitu buat kamu
DeleteLawo tak 'adik perempuan' tu
ReplyDeletehahaha..
DeleteMengerikan ya. Biasanya memang ada tuh. Anak kecil yang bisa melihat makhluk yang tidak tampak oleh orang lain. Selamat malam dari seberang.
ReplyDeleteBenar.. anak bongsu saya masih senang nampak mcm² sampaikan jalan malam² pergi kedai nanti dia kata "kenapa org tu duduk atas pokok?" haha..
Deletemeremang bulu roma. tak langsung jadi teringat-ingat la pulak siapa budak perempuan tu. Allahuakbar.
ReplyDeleteJangan mengigau pula nanti
DeleteDia nak cari keluarga tumpanganlah tu kot ye. Seram lah pulak
ReplyDeleteNa'uzubillah... jangan! haha kalau insan manusai tak apa tapi ni hurmmm
Deleteyaa..seramnya..ada penampakan..
ReplyDeletemisteri terus siapa adik perempuan tu
DeleteHaisssh, langsung merasa seram bacanya. Kadang saya bersyukur tak bisa melihat hal2 macam tuh, walaupun sedikit banyak juga penasaran. Tapi tak laah, lebih baik memang tak bisa lihat makhluk halus tuh 😅
ReplyDeleteIya sih.. lebih baik tak perlu liat
Deleteni serammmm... pic tu rumah berhantu kat seksyen 2 shah alam, pernah duduk area tu..tau jugak la citanya.
ReplyDeletepernah dengar cerita kawan saya, katanya tuan rumah sampai offer sewa sebulan bayaran ikhlas berapa pun boleh hehe
DeleteAlamak.....kalau SA confirm time2 dapat tau tu jugak ajak pindah...dah la SA penakut..kalau x tau lagi baik dari tau
ReplyDeletemasa tu terpaksa duduk sana juga sebab dah syarikat subsidise
Delete