Posts

Showing posts with the label misteri

Kisah hotel bertukang ditengah malam

Image
Bismillah... Dalam bulan ni entry rumah puaka taman chendana aku melonjak pulak. Agaknya bulan seram kot hehe.. Sebabkan entry tersebut membuatkan hati aku dipanggil-panggil nak celoteh tentang pengalaman aku semasa bertugas beberapa tahun dahulu. Masa tu aku dihantar bertugas ke Ipoh untuk seminggu. Agaknya dah memang rezeki aku kot suka "berkenal-kenal" dengan makhluk Allah yang jenis ni. Celoteh pengalaman lalu Banyak sebenarnya cerita-ceriti seumpama yang aku lalui sendiri. Macam aku cakap tadilah, mungkin rezeki aku kot selalu "dapat" macamni. Tugas aku ni sejak awal dulu memang banyak membabitkan perjalanan merentas negeri dan daerah - tapi yang ni lain kalilah aku cerita kot. Balik pada cerita hotel. Masa tu aku dihantar ke Ipoh, Perak. Aku biasanya lebih suka memilih hotel-hotel 2 atau 3 bintang jer. Sebabnya lebih murah dan mudah. Sekadar untuk berehat dan melepaskan kepenatan seharian bertugas. Seminggu aku stay kat hotel tu. Tak ingat pula apa namanya h...

Kisah Seram Rumah Puaka Taman Chendana

Image
 Bismillah... Ini cerita pengalaman aku masa bertugas di Johor Baharu kira-kira hampir 20 tahun dulu. Aku tak berapa nak recall tahun apa tapi yg seingat aku masa tu anak bongsu masih lagi dalam pra-sekolah. Dari Damansara aku berpindah ke Johor Baharu. Mulanya aku ditempatkan di rumah sementara di Kota Masai. Masa tu kawasan ni baru je siap. Selang dalam beberapa bulan aku diberi pula rumah kediaman lain. Disini lah bermulanya cerita rumah puaka ni. Aku tak berapa pasti apa nama taman ni. Yang seingat aku ianya antara Bakar Batu dan Taman Rinting, Masai. Memang excited bila kami mula-mula masuk ke rumah tu, mana taknya.. rumah semi-D yang luas dan bertempat di atas bukit. Kalau waktu malam dari depan rumah boleh nampak kerdipan lampu-lampu neon dan kereta di taman-taman kawasan Plentong, Bakar Batu dan Selat Tebrau. Sumber: Bing - Gambar hiasan Pada awalnya semuanya normal ajer. Tak ada yang pelik dan aneh pun. Tapi selepas beberapa bulan aku mula rasa ada kelainan dalam rumah tu....

Misteri Minyak Bintang Tiga Suku Dayak

Image
 Bismillah... Minyak bintang tiga atau Minyak dayak. Aku pernah tonton video seorang tukang urut ni membetul dan meluruskan tulang² bengkok dengan hanya menyapu sejenis minyak urut "khas" Pelik dan sangat misteri sebab dengan sekelip mata aje tulang yg bengkok/patah tergeliat boleh sembuh dengan sekelip mata 😱 Minyak ini dikatakan mempunyai unsur² misteri dari segi pembuatan hingga penggunaannya. Kali ni aku cuba kongsikan serba sedikit pasal minyak ni. Mengikut perkongsian dari BANJARMASINPOST menyebut, Minyak bintang adalah minyak ajaib yang berasal dari pulau Kalimantan. Dulu dipergunakan oleh masyarakat suku Dayak untuk mengobati luka akibat perang. Minyak bintang disebut juga minyak kesaktian karena ampuh untuk mengobati luka-luka berat di antaranya patah tulang, tulang remuk dan luka bacok. Keampuhan minyak bintang dalam menyembuhkan orang yang mengalami luka-luka parah seperti tersebut di atas, bekerja dalam waktu relatif singkat, yaitu berkisar antara setengah mala...

Misteri Banglo Usang Seri Pantai, Pantai Morib

Image
Bismillah... Tengok tajuk tu? Misteri banglo usang yg terletak di pantai Morib. Kalau yg biasa dgn Pantai Morib ni mesti akan perasan dgn bangunan ni. Pelawat pun yg dtg mesti ada yg tertanya² bangunan apa ni?  Sebenarnya lama juga aku cuba cari² jawapan perihal banglo 'Seri Pantai Morib' ni. Maklumlah, aku sendiri pun bukan asal Banting 🤭.. Sejak dari awal 2000 lagi aku dah mula tertanya² juga dengan banglo ni. Yg seingat aku masa antara lewat 90an hingga awal 2000 banglo ni pernah dijadikan rumah rehat/rumah peranginan. Sejak² kebelakangan ni aku mula tertarik dengan banglo ni. Yang ada hanya setakat cerita lisan penduduk setempat selain dari cerita² lisan sanak saudara dan info yang aku dapatkan dari blog. Antaranya blog Aku Budak Telok yg banyak bercerita tentang Banting secara khususnya.  Kalau mengikut cerita dari blog Aku Budak Telok bangunan ni terbiar tanpa pengurusan sejak dari awal 2000. Tapi isteri & ipar² pernah cerita yg bangunan ini pernah dijadikan sebaga...

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL
Boleh dapatkannya melalui kedai² kami di TikTok Shop, Shopee, Lazada & eDesa (Lihat di sidebar)

Anyone..?

Charismatic bloggers