Kisah hotel bertukang ditengah malam

Bismillah...

Dalam bulan ni entry rumah puaka taman chendana aku melonjak pulak. Agaknya bulan seram kot hehe.. Sebabkan entry tersebut membuatkan hati aku dipanggil-panggil nak celoteh tentang pengalaman aku semasa bertugas beberapa tahun dahulu. Masa tu aku dihantar bertugas ke Ipoh untuk seminggu. Agaknya dah memang rezeki aku kot suka "berkenal-kenal" dengan makhluk Allah yang jenis ni.

hotel_seram.jpg
Celoteh pengalaman lalu

Banyak sebenarnya cerita-ceriti seumpama yang aku lalui sendiri. Macam aku cakap tadilah, mungkin rezeki aku kot selalu "dapat" macamni. Tugas aku ni sejak awal dulu memang banyak membabitkan perjalanan merentas negeri dan daerah - tapi yang ni lain kalilah aku cerita kot.

Balik pada cerita hotel. Masa tu aku dihantar ke Ipoh, Perak. Aku biasanya lebih suka memilih hotel-hotel 2 atau 3 bintang jer. Sebabnya lebih murah dan mudah. Sekadar untuk berehat dan melepaskan kepenatan seharian bertugas. Seminggu aku stay kat hotel tu. Tak ingat pula apa namanya hotel tu, tapi waktu tu Ipoh dalam proses menaik taraf infrastrukturnya. Seingat aku, hotel tu terletaknya berdekatan stesen KTM bandar Ipoh. Antara stesen dan balai bomba lama.

Empat malam pertamaku bermalam disana semuanya normal jer. Kalau ada pun sesekali kedengaran bunyi motor mat rempit yang merempit di jalan besar. Masuk malam ke - 5 aku balik kebilik agak lewat. Rasanya dalam pukul 12.30 tengah malam. Badan memang dah tak larat masa tu. Sempat tapau char kuey teow je untuk makan malam yang belum sempat-sempat aku jamah sejak pukul 8 tadi.

Selesai membersihkan diri dan menjamu makanan, mata dah tak larat sangat dah. Katil memang dah melambai-lambai memanggil. Aku pun tepuk-tepuklah bantal busuk aku untuk tidur (aku biasanya bawa bantal sendiri kemana-mana pun aku dihantar bertugas. Dah memang tabiat aku sejak awal)

Malam tu masa aku tepuk-tepuk bantal, ada aku rasa macam terdengar gema tepukan. Hati rasa pelik juga tapi "ahhh.. khayalan aku je.." kata hati aku masa tu. Rasanya dalam pukul 3 pagi macamtulah, aku terjaga dari lena. Mana taknya! Boleh pulak hotel tu buat sessi bertukang!! Dengan gergaji, mesen grinder, bunyi mengetuk paku bagai.. Melompat kau dari tidur masa tu sebab ingatkan aku dah lewat atau kesiangan. Subhanallah... Terlepas waktu Subuh dah aku ni. Terus aku bangun dan capai tuala untuk bersiap sambil melihat jam. Aik..? Jam ni mati ke apa? Waktu tunjuk baru sekitar pukul 3 pagi..

Bunyi-bunyi bertukang tu masih tak henti. Pelik aku apa ke jadahnya orang bertukang sebelum subuh? Teringat pada cerita rakan-rakan sebelum tu pernah bercerita pengalaman serupa macamni. Pucat juga haha.. dah lah sorang-sorang jer. Aku pun bingkas memaksa diri aku pergi ke tandas. Ambil wudhu dan solat sunat. Kedengaran bunyi bertukang masih ada tapi bunyinya seperti beralih ketempat lain. Bunyinya semakin jauh pula. Bersengkang mata lah juga aku subuh tu. Masuk pukul 4 - 5 pagi barulah selesai tukang-tukang tu siapkan "kerja-kerja"

Esok paginya aku bertanya juga pada budak penjaga kaunter hotel berkenaan. Mula-mula dia agak mengelak tapi lepas aku berbual-bual ramah dengannya baru dia cakap. Memang sesekali "tukang-tukang ni datang repair apa yang patut bang.. saya dah lali" haha.. aku ketawa dalam hati nak bagi naikkan semangat. Rupanya memang tak salah lah apa yang aku lalui semalam, bukan mimpi..

Keluar ajer aku dari hotel tu untuk bersarapan, pihak offis call dan memberitahu yang aku perlu ke Penang. Alhamdulillah... Lega jugalah rasanya sebab tak payah aku hadap bunyi bising malam nanti kot-kot "mereka" datang lagi.

Kadang-kadang kita lupa. Lupa yang bumi Allah ni hanya pinjaman. Kita dipinjamkan sekadar untuk mengumpul amalan. Bukan setakat pinjaman kita tapi juga "mereka" Cuma kita kenalah perlu selalu beringat yang semuanya adalah ketentuan dariNYA..

P/s: Agaknya hotel tu sekarang dah naik taraf 5 bintang sebab ada "tukang-tukang" yang selalu datang buat inspection dan repairing hehe - wallahua'lam..

Comments

  1. Ngeri betul malam2 ada makhluk dtg bertukang n buat bising. Advanced tul hantu2 zaman skrg. Kalau berani buleh suruh mrka siapkan projek rumah terbengkalai tu!

    ReplyDelete
  2. Eh dia sebut tulang itu tukang betul ke tulang tipu? Haha.
    Di sini siang pening ada kerja pembinaan rumah baru di depan. Itu tidak seram.

    ReplyDelete
  3. Ada 'orang' dapat kontark renovation ni... hehehehe

    ReplyDelete
  4. Tukang tu nak bina swimming pool la tu utk Tuan.. Awal sangat pulak checkoutnya

    ReplyDelete
  5. Bunyian gitu serba salah untuk buat aduan..

    ReplyDelete
  6. itu yang kadang kita paling takut jadi bila menginap kat mana-mana hotel atau homestay, cuma kalau dana takpe bunyi bising jangan tunjuk muka udahla... lagi scary

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, dulu kat rumah sewa selalu jugak ada bunyi tukang dan main guli waktu malam. Sampai pindah rumah ni pun kadang ada juga bunyi... janji jangan tunjuk muka dan kelibat udahla... lagila rumah kita dekat tepi hutan

      Delete
    2. Pening kepala "dia" ajak main guli hehe

      Delete
  7. Di hotel lampunya semarak. Malam seperti siang. Mau tukang benaran atau makhluk halus. Mereka tak kenal takut. He he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau udah pukul 3 pagi tak mungkin lagi ianya tukang benaran huhu

      Delete
  8. Pernah ada bising2 tengah malam kat satu hotel, saya keluar cari siapa dan kenapa bising. Terus buat aduan kat staf hotel. Tapi kalaulah jadi macam kisah kat atas ni, mau gigil saya bila keluar tak nampak apa2 😅

    ReplyDelete
  9. Ish, menakutkan. Baru je plan nak bermalam kat hotel tu. Tak jadilah.

    ReplyDelete
  10. walaupun bunyian tetap menyeramkan.. sy dulu di rumah sewa seri iskandar slalu je kena kacau..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih sudi berkongsi pendapat/komen ~ You comment I follow..

Penafian: Segala kandungan blog adalah nukilan dan pendapat penulis kecuali yang di tag sumber|credit|hak-cipta|copy|salinan dimana ianya diambil dari penulisan/gambar yang membenarkan salinan. Nukilan dan pendapat adalah dasar pemikiran telus dari penulis tanpa sebarang ajakan/dorongan/provokasi oleh/kepada mana² pihak. Sebarang salinan/perkongsian yang diambil dari blog ini adalah Dibenarkan dan semoga diberikan sedikit credit adalah sebaiknya - Azmer Shahar ©

CLAIM YOUR OFFER NOW!

CLAIM YOUR OFFER NOW!
Daftar dan dapatkan RM80.00/20% Diskaun pembelian sekarang..

All time featured

MSG yang mampu menyuburkan pokok

Jom Masak Nasi Lemak Pandan

Marshal berlagak polis trafik diburu

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Kenangan Bersama Sicomel Toby

Anyone..?

Charismatic bloggers