Perbezaan Jantina Ketam Jantan dan Ketam Betina
Assalam... dan salam sejahtera
Kelmarin pergi pasor beli siakap. Sekor buat bakar. Sekor buat masak stim nampla - yang ni aku belajar dengan sahabat di Golok masa bertugas kesana dulu. Nak cerita siakap ke nak cerita ketam ni?
Ok.. ketam ni ada macam-macam jenis tapi ramai juga yang tak tahu. Yang mana satu jantan yang mana satu betina? Antara dua jantina ni isinya pun lain. Lain dari segi rasa dan kemampatan isi.
Aku pun tahu bab jantina ni pun sejak berkawan-kawan dengan geng nelayan berdekatan tempat aku tinggal.
Perbezaannya bukan pada segi rupa. Bergincu atau bermisai tapi terletak pada huruf 'ba' nya.. semuanya boleh dilihat pada bahagian bawahnya.
Sumber: Bing |
Kalau jantan perutnya mempunyai bentuk segi-tiga yang agak tirus. Lain pula pada yang betina. Tanda segi-tiganya agak lebar dan kembang. Rasanya juga lebih lemak dan sedap berbanding yang jantan. Hampehh.. haha kesian si ketam jantan.
Ketam juga dikatakan mempunyai khasiat tersendiri. Lebih-lebih lagi dalam meningkatkan kadar imun sistem seseorang. Dikatakan baik untuk pesakit denggi dan juga demam. Untuk yang senang lemah-lemah badan juga baik mengamalkan diet ketam ni. Cadangan yang terbaik ialah dengan memasak lebur/sup.
Sumber: Bing |
P/s: Baby-crab aku tak boleh makan sebab ada rasa kesian dan simpati huhuu
nampak beza nya..jarang beli ketam mentah...
ReplyDeleteMemang ketara haha
DeleteNow I know because I rarely eat crabs. Thanks for your info! 😊
ReplyDeleteowh.. me also haha saya pun jarang2 ajer ngetam ni Abam
Deletebaru tau yang betina lebih sedap isinya... selama ni maen belasah jer kalau makan
ReplyDeletehaha samalah saya dulu.. belasah ajer
Deletemakan ketam macam tak puas...isi sikit tapi kulit / cengkerang banyak
ReplyDeletekalau ketam betina isinya padat sikit
Deleteammi belajar dgn aunty cina kat pasar dulu.. baik orgnya tak lokek ilmu
ReplyDeleteilmu dikongsi makin menambah keseronokan
DeleteAlamak! Rupanya uncle tau makan je.... huhuhu
ReplyDeletejanji kenyang.. janji sodappp haha
Deletememang tak pernah tahu ni...tahu masak n makan je...favourite ni...
ReplyDeletehaha.. termasuklah saya pun mcmtu
Delete