Assalamu'alaikum wbt...Rasanya masih ramai yg masih tertanya-tanya tentang kebaikan dan khasiat Minyak Kelapa Dara ni kan? Selain dari kegunaan perubatan, ia juga sesuai untuk dijadikan pemakanan sampingan harian tau bagi mempertingkatkan sistem imuniti badan. Saya sendiri mengamalkan pengambilan Minyak Kelapa Dara untuk sekeluarga. Musim-musim Covid-19 ni elok juga diamalkan. Minyak Kelapa Dara Plus Habbatus Sauda menjadi pilihan kami buat masa ni. Tapi tidak digalakkan pada ibu-ibu mengandung ye (ibu mengandung masih boleh mengambil yang tanpa Habbatus Sauda)
Berikut adalah antara kebaikan dan manfaat Minyak Kelapa Dara:
Dari hasil kajian saintifik dan penyelidikan dibuat, menunjukkan Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan Medium Chain Fatty Acids (MCFA) dan dikelaskan juga sebagai "Functional Food" di samping menyamai khasiat susu ibu, memperkuat sistem imunisasi, memperbaiki metabolisma gula, melindungi dinding perut, Blood Clots, penstabil fungsi otak, saraf dan jantung. Selain itu, ianya memberikan banyak manfaat dan kelebihan terhadap kesihatan manusia seperti berikut :-
Meningkatkan tenaga dan daya tahan dari segi fizikal dan mental (atlit sukan US & Eropah banyak menggunakannya).
Memperbaiki dan mengurangkan masalah kesakitan pencernaan serta penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang dapat dilarutkan lemak.
Melancarkan sekresi insulin dang pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetes.
Mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh serta membawa fungsi thyroid.
Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoporosis.
Memperbaiki kinerja dan mencegah risiko sakit jantung kerana minyak ini tiada mengandungi kolesterol yang tinggi pada darah.
Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
Meningkatkan Daya Tahan Tubuh ::
Mengandungi dan membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser, seperti kanser payudara dan kanser colon.
Berfungsi sebagai antioksidan serta mengurangkan radang kronik.
Membantu melindungi tubuh dari radikal bebas berbahaya yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan benign "Prostatic Hyperplasia" (pembesaran prostate).
Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi kandung kemih.
Membantu mencegah sakit Lever dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain.
Membunuh Virus, Bakteria dan Kulat ::
Membunuh virus yang menyebabkan Mononucleosis, Influenza, Hepatitis C, cacar air dan Herpes.
Membunuh bakteria yang menyebabkan Pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, Meningitis dan Gonorrhea.
Membunuh kulat yang menyebabkan Cabdida, Jock Itch, kadas dan infeksi yang lain.
Melemahkan dan membunuh cacing pita, lice, giardia dan parasit.
Membunuh kulat, bakteria dan virus.
Comments
Post a Comment
Terima kasih sudi berkongsi pendapat/komen ~ You comment I follow..
Penafian: Segala kandungan blog adalah nukilan dan pendapat penulis kecuali yang di tag sumber|credit|hak-cipta|copy|salinan dimana ianya diambil dari penulisan/gambar yang membenarkan salinan. Nukilan dan pendapat adalah dasar pemikiran telus dari penulis tanpa sebarang ajakan/dorongan/provokasi oleh/kepada mana² pihak. Sebarang salinan/perkongsian yang diambil dari blog ini adalah Dibenarkan dan semoga diberikan sedikit credit adalah sebaiknya - Azmer Shahar ©