Apa Itu Blogwalking
Bismillah...
Blog - blog dan Walking - berjalan = blog berjalan. huhuu ada kaki ke? Naik bas ke? haha lama dah aku tinggalkan dunia blogging. Kalau dulu waktu malam dinihari memang paling suka buat Blog-Walking ni. Selain dapat info menarik dan berkongsi pengalaman, ramai juga kenalan2 seangkatan yg sporting dalam dunia blog ni. Ada antaranya sekarang ni yg dari bujang tran-tantang dan sekarang dah pun berkahwin mendirikan rumahtangga. Ramai juga antaranya "rehat" mcm aku juga.. usia meningkat la katakan.
Tapi sejak dunia dilanda Covid-19 ni banyak perkara2 yg lalu buatkan kita terfikir dan mengimbau kembali memory2 lalu. Antaranya blogging. Bosan sangat tak tau nak buat apa, fikir2 ok jugak mula blog kembali. Kurang2 aku tak kacau orang dan tak menyusahkan orang. Setakat santai-santai ajerr..
Ok sebelum aku terus merapu jommm kita cakap perihal Blog-Walking ni.
Apa itu blog walking? Pertamanya maksud blog walking itu sendiri. Umpama kita pergi berjalan2 bersantai. Tapi yg seronoknya blog walking ni perjalanan kita lebih jauh. Tak perlu permit perjalanan pun. Tak perlu menempuh road block. Tak perlu scan MySejahtera untuk masuk kemana2 premis haha. Just relaxs and have fun omputih kata.
Macamana nak mula? Kalau cara aku senang je. Type apa2 tajuk blog entry yg terlintas, click dan layar. Cara terbaik ialah pastikan kita membaca. Kena rajin membaca isi kandungan entry blog tersebut. Baru fun.. Baru kita ada chemistry dengan blog tu. Habis baca "Pecah kaca pecah gelas, Lepas baca harap balas" - dekat sinilah keajaipan berlaku. Orang memberi kita membalas, kita tinggalkanlah jejak sikit pada blog tu. Selain sebagaia misi buat blog walking, ia juga memberi credit kepada sipenulis. Win-win situation. Sama-sama dapat pengetahun/info dan dapat berkenalan di alam blogging. Kemudian teruskan blog walking dengan click pada link pengkomen2 blogger lain dan begitulah seterusnya sampai mata korang lebam :))
Apa manfaatnya? Banyak kalau nk dirungkaikan. Panjang lebar.. tapi secara simple nya ia akan memberi kesan pada blog kita. Blog link kita akan bercabang-cabang merayap keserata alam. Kesan traffic juga bertambah. Kenalan pun bertambah. Pengalaman dan pengetahuan juga bertambah.
Yang penting mesti ada tatacara yg betul dalam blog walking ni. Seumpama kehidupan kita seharian. Macamana kita menegur orang, macamana kita menjalin silaturahmi sesama manusia macamtu juga kita blog walking.
Cerita bab blog walking dan blog trafficking ni, ada seorang teman blog yang blognya selalu menarik aku terus lawat. Banyak info2 menarik dan ramai rakan-rakan yg sporting. Entry-entry nya banyak memberi tips2 yg menarik. Bloggernya asalan Medan - 100% yach hehe.. Terima kasih gan kerana banyak membantu dari segi tips2 yg menawan.
Betul tak? Blog walking boleh membuka minda kita lebih meluas dengan melancong sarata dunia tanpa angkat punggung :)) Yang pasti, tatacara mau betul & santai-santai ajerr
Credit: photo ~ Google
Salam blogger Keluarga Malaysia. sangat berterima kasih datang ziarah blog saya ya..
ReplyDeleteBlog saya tengah dibaiki..amalan blogwalking ni menjadikan kita mesra maya