Hujan lebat di lima negeri mengakibatkan lebih 1,000 penduduk

 Lebih 1,000 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan kediaman mereka dilanda banjir.

Di MELAKA, seramai 590 orang daripada 155 keluarga di Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah ditempatkan di sembilan PPS pagi ini berbanding 493 orang daripada 130 keluarga tengah malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol Cuthbert John Martin Qudra dalam kenyataan berkata, daripada sembilan PPS itu, tiga daripadanya adalah di Melaka Tengah yang menempatkan 257 orang daripada 60 keluarga, tiga di Jasin yang menempatkan 182 orang daripada 48 keluarga serta tiga lagi di Alor Gajah yang menempatkan 151 orang daripada 47 keluarga.

Di SELANGOR, 267 orang ditempatkan di empat PPS setakat 5.30 pagi tadi selepas sembilan kawasan mengalami banjir kilat susulan hujan lebat sejak petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis dalam kenyataan berkata, 200 orang daripadanya ditempatkan di PPS Surau Abadi, PPS Balai Raya Kampung Salak Tinggi (17) dan PPS Bukit Tampoi (12) kesemuanya di Sepang manakala 31 orang lagi dipindahkan ke PPS Sekolah Menengah Dato Hamzah, Klang.

Selain itu, tujuh orang dari dua rumah di Jalan Batu Bata, Bukit Kemuning di Shah Alam terpaksa berpindah ke rumah saudara berhampiran ekoran air banjir naik setinggi kira-kira 0.6 meter.

Di KEDAH, 162 orang daripada 39 keluarga di Kuala Muda, Sungai Petani ditempatkan di tiga PPS setakat 8 pagi ini iaitu di Dewan Kampung Bukit Belah, Surau Taman Kenari serta Masjid Al-Huda di Kampung Jerung.

Ketua Bahagian Operasi Bencana APM Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah dalam kenyataan berkata, PPS Dewan Kampung Bukit Belah dibuka pada 11.32 malam tadi, PPS Surau Taman Kenari dibuka pada 1.30 pagi manakala PPS Masjid Al-Huda dibuka pada 12.30 tengah malam.

Di NEGERI SEMBILAN, sebuah PPS di Balai Raya Kampung Permatang Pasir, Port Dickson, dibuka pada 11.35 malam tadi bagi menempatkan 25 orang penduduk dari kawasan Pusat Darul Widad.

Pengarah APM Negeri Sembilan, Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor dalam kenyataan berkata, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said, Nilai masih beroperasi bagi menempatkan sembilan orang dari Kampung Tanjung, manakala lima orang dari Kampung Pedas, Rembau pula dipindahkan ke kediaman keluarga terdekat.

Di PERAK, hujan lebat berterusan menyebabkan 14 orang daripada tiga keluarga di Kampung Sungai Temelok, Taiping dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Temelok susulan banjir kilat melanda kawasan itu awal pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, PPS itu yang dibuka pada jam 3 pagi tadi menempatkan 10 wanita dan empat lelaki. -Bernama

Credit: Bernama . Sinar Harian 

Comments

CLAIM YOUR OFFER NOW!

CLAIM YOUR OFFER NOW!
Daftar dan dapatkan RM80.00/20% Diskaun pembelian sekarang..

All time featured

MSG yang mampu menyuburkan pokok

Jom Masak Nasi Lemak Pandan

Adab Dalam Memberi Nasihat dan Teguran Dalam Islam

Habbatus Sauda

KISAH Kelahiran Nabi Muhammad ﷺ

Anyone..?

Charismatic bloggers