Marshal berlagak polis trafik diburu
Macam-macam hal betul sekarang ni. Takde koje cari koje. Buat koje siye-siye tumpo demê.. Nak cakap panjang-panjang pun bukan budak lagi, dah tahap bapak budak kot haha. Kome suke ler..
Gambar hiasan | Sumber: Bing |
Port Dickson: Polis sedang mengesan pengiring (marshal) konvoi motosikal berkuasa tinggi yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong di sini, seperti yang tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, video yang tular itu menunjukkan aksi marshal memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan ahli konvoi melalui persimpangan lampu isyarat berkenaan.
Katanya, rakaman video berdurasi satu minit 10 saat yang dimuat naik ke laman sosial Facebook oleh pemilik akaun Epul Adam Helmet Bajet yang menunjukkan aksi marshal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong.
"Ketika kejadian lampu isyarat jelas berwarna merah dan tujuan tindakan marshal dipercayai bertujuan untuk memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak dalam konvoi bagi melepasi lampu isyarat," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Katanya, konvoi motosikal berkuasa besar itu bergerak dari Lebuh Raya Seremban - Port Dickson (SPDH) menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong menghala ke Bulatan Sunggala Telok Kemang.
"Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal berkenaan dan sesiapa yang memiliki maklumat berkaitan kejadian diminta beri kerjasama kepada pihak IPD PORT Dickson di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik atau menghubungi talian terus di talian 06-6472222.
"Peserta konvoi kenderaan tidak boleh membuat sebarang tindakan memberhentikan, mengawal, melencong kenderaan di jalan awam tanpa sebarang kehadiran anggota atau pegawai polis kerana boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain," katanya.
Aidi Sham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Polis dan Sekyen 79(2)Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tindakan marshal itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan itu sebagai besar kepala dan menyusahkan orang lain.
Credit & sumber: MyMetro | Epul Adam Helmet Bajet
Sumber: Bing |
P/s: Hobi kita naik beskal biasa-biasa je layan anak kat pantai atau taman..
macam-macam ragam sekarang ni.
ReplyDeleteYe.. ragam bermacam ragam hehe
Deletecita-cita nak jadi polis trafiklah tu..
ReplyDeletekasihan.. dapatlah juga merasa tapi menyalahi undang2
Deletementang-mentangla motor kuasa tinggi, terus rasa ada kuasa besar atas jalan raya... membahayakan diri sendiri dan orang lain tau.
ReplyDeletebetul! bahaya kepada pengguna lain. diri dia sendiri tu dah memang dia yg cari hehe
DeleteMcm² hal... menyusahkan orang je.. disebabkan org mcm ni lah kita rasa annoying bila tgk puak berkonvoi gini
ReplyDeletedah lali kakmim kat area saya. hujung minggu dtg pantai dengan motor2nya naik atas sampai anak2 kecil nak main2 pun rimas.. kesian kat bebudak
DeleteBoleh membahayakan orang lain lagi² bila dah berkonvoi tak pedulikan orang sekeliling. Dengan bunyi bising ekzoz dorang lagi.
ReplyDeletemcm2 pencemaran. tu belum menimbulkan masalah pencernaan bagi yg senang terkejut bunyi bising
DeletePolisi tidak boleh sembarangan memberhentikan kendaraan lain ya kak, itu besar kepala.
ReplyDeleteYa betul.. sudah melampaui batas penguatkuasa
DeletePernah juga jumpa macam ni... geram betul!
ReplyDeleteMau tak geram, ikut suka syiok sendiri pulak
DeletePernah bercita-vuta nak jadi polis kot sampai terbawak-bawak...
ReplyDeleteCita² yg tak kesampaian..
Deleteorang perak ke ni....tumpo...haha..
ReplyDeletesesuka hati tahan kenderaan lain, mcm bagus je konvoi tu..
Tumpo le.. udah sengaje cari pasê siapa suroh kehkeh
DeleteErrrr, saya ok je. Saya tak ada motor
ReplyDeleteBiar tak ada motor yg penting tak nyusahkan orang..
DeleteSesuatu hal yang dapat merugikan banyak pihak konvoi ini. Apalagi jika ugal-ugalan.
ReplyDeleteApa kabar kak, semoga sehat terus ya kak, salam manis dari indonesia.
Benar tu gan.. yach baik2 aja, terima kasih singgah
DeleteBerbagai ragam sekarang ni..
ReplyDeleteRagam yg boleh buat org geram haha
DeleteTadi baca berita katanya dah dapat tangkap.
ReplyDeletePernah jugak kena camni, sibuk dia hon2 suruh kita bagi laluan. Memang tak layanlah!
Sepatutnya mcmtu jangan dilayan. Makin dilayan makin menjadi..
Delete