Posts

Showing posts from 2021

Kisah hotel bertukang ditengah malam

Image
Bismillah... Dalam bulan ni entry rumah puaka taman chendana aku melonjak pulak. Agaknya bulan seram kot hehe.. Sebabkan entry tersebut membuatkan hati aku dipanggil-panggil nak celoteh tentang pengalaman aku semasa bertugas beberapa tahun dahulu. Masa tu aku dihantar bertugas ke Ipoh untuk seminggu. Agaknya dah memang rezeki aku kot suka "berkenal-kenal" dengan makhluk Allah yang jenis ni. Celoteh pengalaman lalu Banyak sebenarnya cerita-ceriti seumpama yang aku lalui sendiri. Macam aku cakap tadilah, mungkin rezeki aku kot selalu "dapat" macamni. Tugas aku ni sejak awal dulu memang banyak membabitkan perjalanan merentas negeri dan daerah - tapi yang ni lain kalilah aku cerita kot. Balik pada cerita hotel. Masa tu aku dihantar ke Ipoh, Perak. Aku biasanya lebih suka memilih hotel-hotel 2 atau 3 bintang jer. Sebabnya lebih murah dan mudah. Sekadar untuk berehat dan melepaskan kepenatan seharian bertugas. Seminggu aku stay kat hotel tu. Tak ingat pula apa namanya h

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Image
 Assalam... "Sekali dia ngap.. Saya kena ngap!" Betullah pepatah mengatakan "Air yang tenang jangan disangka tiada buaya" Video ni aku dapat dari perkongsian di facebook public video. Tak tahu siapa asal tuan-punya video, tapi perkongsiannya sangat ngap ngam.. Tak dapat bayangkan kalau ada anak-anak yang terjun ke sungai macamtu. Tau-tau je dah kena ngap! Teknik serang hendapnya betul-betul punya ngeri 😲 Sekali dia menganga je dah gerun!

Wordless Wednesday - Pengalaman yang sangat mengerikan

Image
 Amaran! Gambar berstatus sangat ngeri. Yang lemah semangat harap jangan tengok ye geng.. Kalau tak rasa ngeri tak tahulah P/s: Ngeri dan wordless tak? 🙇

Marshal berlagak polis trafik diburu

Image
 Macam-macam hal betul sekarang ni. Takde koje cari koje. Buat koje siye-siye tumpo demê.. Nak cakap panjang-panjang pun bukan budak lagi, dah tahap bapak budak kot haha. Kome suke ler.. Gambar hiasan | Sumber: Bing Port Dickson: Polis sedang mengesan pengiring (marshal) konvoi motosikal berkuasa tinggi yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong di sini, seperti yang tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, video yang tular itu menunjukkan aksi marshal memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan ahli konvoi melalui persimpangan lampu isyarat berkenaan. Katanya, rakaman video berdurasi satu minit 10 saat yang dimuat naik ke laman sosial Facebook oleh pemilik akaun Epul Adam Helmet Bajet yang menunjukkan aksi marshal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong. "Ketika kejadian lampu isyarat jelas berwarna merah dan tujuan tindakan

Kenangan Bersama Sicomel Toby

Image
 Assalam... dan semoga sejahtera untuk semua. Dua tiga hari ni aku sibuk sikit. Tak sompek nak pumpang-² dalam blog ni. Bukan sibuk apa pun, just buat full update sistem platform dan stok untuk Nur Aziz Online ajer.. Dalam sibuk-sibuk tu teringat pulak kat sibulus kami, toby.. Apalah khabar dia sekarang kan? Kalau ikutkan umur bulus dia, kiranya dah tua juga. Sejak kawen denga  cik meow makcik jiran seberang, datang jenguk ke sini pun sesekali ajer. Sampai hati kau toby haha.. Kenangan masa baru nak sembuh dari sakit mata Toby ni kami ambil dia sejak umur dua minggu. Asalnya kematian ibu. Tuan asalnya mencari kuarga angkat untuknya. Kesian.. mula-mula dapat dia kena sakit mata. Alhamdulillah dalam seminggu sembuh. Cuma dia ni tak suka susu. Jenuh bagi dia susu macam-macam jenis dan jenama, tetap dia tak nak. Yang dia suk minum air kosong ajer.. Toby ni paling suka kalau kami bawa jalan-jalan naik kereta. Kalau tidor pulak mesti nak kat tengah-tengah antara aku dan Nur Aziz. Letak la b

Blog Perfomance Report by GTMetrix on November 2021

Image
 Bismillah... Semalam jalan-jalan Blogwalking terjumpa satu entri menarik dari sahabat blogger KakmimDotCom ni bercerita tentang blog performance. Bagi seorang blogger, perfomance untuk satu-satu blognya memang penting. Pening kalau blog terlalu berat dan akan memberi kesan kepada kunjungan reader blog tersebut. Selain memberi kesan kepada reader ia juga memberi impak kepada search bot dan crawler indexing. So dipendekkan cerita aku pun sibuk-sibuklah sama nak buat performance test di GTMetrix ni haha. Sebelum-sebelum ni blog aku memang agak berat sebab masalah template. Sejak Oktober 2021 yang lepas aku mula tukar template dan cuba encoding mana yang aku reti nak bagi blog lebih ringan. Berikutnya ialah keputusan yang aku dapat. Bolehlah kan, kalau nak ikutkan yang sebelum ni. azmerhahar@blogspot Yang aku masih ingat dari berkat belajar dari rakan-rakan lain, perkara utama yang perlu jaga ialah java dan script. Bahasa mudah ialah widget dalam blog. Aku sukakan minimal sejak dari dul

Bahaya Menanti Jiwa Diragut Kematian

Image
 Subhanallah... Mula-mula ternampak video yang tular di socmed terus menggeleng. Tertanya-tanya juga kat mana salah dan silapnya? Nak kata sengaja tak lojik dek akal. Nak kata silap masuk pun tak lojik, sebab kenderaan dua roda kot. Mabuk? High dadah? Stressed? Sengaja menempah maut atau cubaan membunuh diri? Subhanallah... Agar tiada kecelakaan yang terjadi. Sumber video: socmed | tiktok @syah_pru

Time Traveling - Usah Dikenang Barang Yang Lepas

Image
 Bismillah... Barang yang lepas jangan dikenang-kenang, kelak boleh merana badan.. haha Bosan-bosan hari minggu aku cuba ingat-ingatkan semula blog-blog yang aku pernah ada dulu. Susan juga nak recall sebab zaman tu kebanyakan blogger akan cipta 4 ke 5 blog. Trafficking bukan macam sekarang der.. haha nak survive kenalah buat sampai 4 ke 5 blogsite. Entry yang menimbulkan kontrovesi Aku bermula dari arena blogstarz/blogstars (tak sure dah mana satu ejaan betul) Kalau tanya apa nama blog aku masa tu memang tak lah kan haha - seriously langsung tak dapat nak recall. Yang seingat mampu masa tu dalam sekitar tahun 2005/2006. Dari satu blogsite ke satu blogsite aku dan rakan-rakan blogger yang seperjuangan belajar sikit demi sedikit tentang blogging ni. Almaklumlah masa tu pun kami menyahut seruan kerajaan dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang menggalakkan agar rakyat belajar dan terokai dunia blog dan e-commerce. Yang paling dapat aku recall ada 4 blogsite kot haha (jangan k

SPAM Commenters - Dia Buat Hal Pulak Blogger Ni

Image
 Assalam... Salam bermalam minggu Malam minggu malam muda mudi haha.. tapi untuk aku dan isteri lebih suka lepak-lepak rehat depan tv ajer. Kawasan tempat tinggal aku ni kalau malam minggu atau hujung minggu memang meriah. Ramai pengunjung-pengunjung luar datang yang kebanyakannya bermisikan jalan-jalan cari makan dan tak kurang juga yang berkunjung ke pantai-pantai . Antara komen di label spam oleh blogger Sebut pasal jalan-jalan dan misi ni teringat dengan komen-komen dari sahabat-sahabat blogger. Mulanya aku tak berapa nak perasan tapi tergerak hati nak periksa ruang spam di dalam komen. Rupanya ada beberapa komen yang "tersangkut" disana. Harapnya mana-mana sahabat blogger yang singgah berkongsi pendapat/komen tak serik untuk singgah lagi dan terus memberi sokongan. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada semua pengunjung blog yang serba kekurangan ini. Sokongan sahabat-sahabat adalah sangat aku hargai. Sambil seronok aku mengomel kat sini sambil tu juga aku dapat menge

Giveaway By Lady Dini 1.0

Image
 Bismillah... Hari ni cuti haha.. pagi-pagi pegi pasor niat nak cari ikan salmon tapi ternampak pulak mackerel. Amik la dalam 5-6 ekor. Ikan mackerel ni tinggi kandungan zat besi. Elok la buat menu untuk Nur Aziz yang dalam proses pemulihhan dari anemia dia tempoh hari. Lepas sarapan, blogwalk sikit-sikit ternampak posting dari LADY DINI - ada giveaway lah. Aku pun dah lama tak join giveaway ni. Maklumlah blog yang lama dah berkarat sampai cik Google pun naik menyampah (habis semua content & entry sejak anak bongsu berumur 4 tahun kene delete) Sayang juga sebab kebanyakan entry dan video content dalam tu bertumpu pada cerita-ceriti harian dia. Apa nak buat, salah aku juga yang tinggalkan dunia bloging bertahun-tahun. Lady Dini ni aku pun baru nak kenal-kenal. As far yang aku tahu, beliau ada menjalankan perniagaan atas-talian macam Nur Aziz juga. Seorang ibu yang cekal dan punyai seorang cahayamata yang comel. Mempunyai degree didalam bidang Marine Biology dan sekarang lebih menu

Adab Dalam Memberi Nasihat dan Teguran Dalam Islam

Image
 Bismillah... ADAB DALAM MEMBERI NASIHAT DAN TEGURAN ​ Agama Islam adalah agama yang sempurna, Islam bukan sahaja menyuruh umatnya untuk beribadah seperti sembahyang, puasa, menunaikan haji dan sebagainya. Malahan agama Islam juga menyuruh umatnya untuk menjaga kesejahteraan hidup, berkerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain. Oleh itu bagi mencapai tujuan tersebut, Islam mengajar umatnya untuk saling nasihat-menasihati dan tegur-menegur antara satu dengan yang lain. Menasihati dan menegur adalah perbuatan yang sangat baik dan dianjurkan dalam Islam, sememangnya kita sebagai manusia perlu mendapat teguran supaya kita menyedari kesilapan, kesalahan dan kelemahan diri sendiri. Sumber: Bing Perlu diingat, nasihat atau teguran yang disampaikan perlulah dengan adab dan sopan . Kerana tanpa adab dan cara yang betul, ia bukan sahaja akan menimbulkan salah faham bahkan akan menimbulkan kemarahan orang yang ditegur dan menyebabkan terja

Perbezaan Jantina Ketam Jantan dan Ketam Betina

Image
 Assalam... dan salam sejahtera Kelmarin pergi pasor beli siakap. Sekor buat bakar. Sekor buat masak stim nampla - yang ni aku belajar dengan sahabat di Golok masa bertugas kesana dulu. Nak cerita siakap ke nak cerita ketam ni? Ok.. ketam ni ada macam-macam jenis tapi ramai juga yang tak tahu. Yang mana satu jantan yang mana satu betina? Antara dua jantina ni isinya pun lain. Lain dari segi rasa dan kemampatan isi. Aku pun tahu bab jantina ni pun sejak berkawan-kawan dengan geng nelayan berdekatan tempat aku tinggal. Perbezaannya bukan pada segi rupa. Bergincu atau bermisai tapi terletak pada huruf 'ba' nya.. semuanya boleh dilihat pada bahagian b awahnya. Sumber: Bing Kalau jantan perutnya mempunyai bentuk segi-tiga yang agak tirus. Lain pula pada yang betina. Tanda segi-tiganya agak lebar dan kembang. Rasanya juga lebih lemak dan sedap berbanding yang jantan. Hampehh.. haha kesian si ketam jantan. Ketam juga dikatakan mempunyai khasiat tersendiri. Lebih-lebih lagi dalam me

Kisah Seram Rumah Puaka Taman Chendana

Image
 Bismillah... Ini cerita pengalaman aku masa bertugas di Johor Baharu kira-kira hampir 20 tahun dulu. Aku tak berapa nak recall tahun apa tapi yg seingat aku masa tu anak bongsu masih lagi dalam pra-sekolah. Dari Damansara aku berpindah ke Johor Baharu. Mulanya aku ditempatkan di rumah sementara di Kota Masai. Masa tu kawasan ni baru je siap. Selang dalam beberapa bulan aku diberi pula rumah kediaman lain. Disini lah bermulanya cerita rumah puaka ni. Aku tak berapa pasti apa nama taman ni. Yang seingat aku ianya antara Bakar Batu dan Taman Rinting, Masai. Memang excited bila kami mula-mula masuk ke rumah tu, mana taknya.. rumah semi-D yang luas dan bertempat di atas bukit. Kalau waktu malam dari depan rumah boleh nampak kerdipan lampu-lampu neon dan kereta di taman-taman kawasan Plentong, Bakar Batu dan Selat Tebrau. Sumber: Bing - Gambar hiasan Pada awalnya semuanya normal ajer. Tak ada yang pelik dan aneh pun. Tapi selepas beberapa bulan aku mula rasa ada kelainan dalam rumah tu. Ana

Khasiat Penting Yang Ada Pada Ikan Siakap

Image
 Bismillah... Hari ni aku dan Nur Aziz bermenukan ikan bakar dan sup sayur. Oleh kerana kesihatannya baru nak beransur pulih, kami sama-sama menukar diet yang rebus-rebus dan bakar-bakar sahaja. Diet terbaik untuk pesakit anemia ni disarankan doktor supaya perbanyakkan makanan sayuran hijau gelap dan makanan yang tinggi sumber iron. Sambil-sambil aku bakarkan ikan tu, tiba-tiba teringat pada cik siakap yang heboh dan jadi topik hangat sekarang ni di socmed. Tapi aku tak nak la cerita pasal "tajuk makanan kayangan" ni.. cuma aku teringat pada cerita kawan-kawan nelayan aku. Siakap ni sebenarnya bukan calang-calang juga. Kalau diikutkan lebih 20 khasiat dan kebaikan yang tersimpan pada seekor siakap. Antara yang aku boleh ingat ialah: Menjaga kesihatan mata Mempunyai sumber vitamin A yang baik untuk kesihatan mata Mengatasi serangan jantung Daging siakap ni dikatakan mempunyai nutrisi yang baik untuk menguatkan jantung Masalah batu karang Dengan mengamalkan memakan ikan siakap

Nur Aziz Online Kini Boleh Terima Transaksi Luar Negara

Image
 Assalamu'alaikum wbt... Alhamdulillah sekali lagi kita bertemu di ruang maya. Minggu ini adalah minggu kami mendapat berita gembira dari platform Shopee. Online store kami Nur Aziz Online - Shopee sudah boleh menerima tempahan terus oleh pelanggan-pelanggan yang luar dari Malaysia. Kalau sebelum ini ada beberapa pelanggan kami terpaksa menunggu balasan (rensponse) secara manual dari pihak kami untuk membuat tempahan, tetapi kini setiap pelanggan boleh terus membuat transaksi secara terus di platform Shopee kami. Semoga dengan penambah-baikan perkhidmatan kami untuk pelanggan-pelanggan di luar Malaysia ini akan memberi kemudahan untuk semua pihak. Terima kasih kepada semua mereka yang sentiasa menyokong perniagaan kami ~  Jazakumullah khairan kathira Nur Aziz Online - Shopee My Shopee International Available for Local and Outside Malaysia buyers - Nur Aziz Online Shopee International Platform (SIP) overseas shop is now live! Layar dari: Nur Aziz Online (Nur Aziz)

Nur Aziz Masuk Wad - Sunyi Sepi Kerinduan

Image
 Bismillah... Dengan namaMu Ya Mujib Ya Zaljalaliwal ikram hambabMu  hambaMu yang kerdil lagi hina memohon kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan-urusan. Dijauhi dari penyakit dan kesakitan serta wabak. Ampunilah dosa-dosa kami, ampunilah dosa-dosa kami, ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... Minggu ni aku kurang tumpuan sikit dengan blog update. Online trading pun dah kucar-kacir haha.. Penyokong kuat a.k.a tulang belakang aku telah ditahan di hospital. Nur Aziz - dirinya di diagnose anemia.. masa ditahan tu bacaan darahnya sudah bawah 4! Subhanallah, kalau diikut kata doktor keadaan tu sudah agak bahaya. Terus disusulkan ke wad kecemasan dan sepanjang satu hari juga aku risau tak dapat nak meneman isteri tersayang. Dari jauh kusampaikan kerinduan Dari awal pagi sampailah hampir waktu maghrib, barulah aku dapat nampak isteri aku yang sedang lemah terlantar dikatil. Nurse dan petugas-petugas lain sedang sibuk menyiapkan Nur Aziz untuk dibawa ke wad saringan. Pros

Hormati Sensitiviti - Arak Jenama Timah

Image
  " CONTOH UNTUK MUDAH DIFAHAMI KENAPA RAMAI YANG BANTAH " Kenapa kami boleh hormati anda tapi anda tak boleh hormati kami?? Gambar hiasan Berapa banyak bangunan di Malaysia tiada nombor 4?? Tapi kami tak pernah pertikaikan anda sebab kami faham dan tahu erti 'HORMAT' Bantahan kepada nama arak jenama Timah mendapat bantahan adalah wajar kerana ramai berpendapat nama itu tidak sesuai kerana dua sebab, namanya dan bahasa Nama   Nama timah sangat popular dari kalangan umat Islam gambaran seakan akan merujuk kepada puteri Rasulullah iaitu Saidatina Fatimah az-Zahrah ialah merupakan puteri bongsu yang mulia Rasulullah SAW , Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Siti Fatimah al-Zahra dilahirkan pada hari Jumaat 20 Jamadil Akhir iaitu tahun kelima sebelum Nabi SAW menjadi Rasul Bahasa   Bahasa timah merujuk juga kepada nama singkatan yang biasa rakyat malaysia guna pakai, biasanya menyapa nama mengunakan nama panggilan singkatan yang pendek, singkatan panggi

Tips Penjagaan dan Makna Kesan Pada Tayar Kenderaan

Image
 Bismillah... Ceritanya baru-baru ni kawan aku bertanyakan tentang tayar keretanya. Maklumlah dia baru nak mula belajar-belajar membuat e-Hailing. Ok.. kebetulan kawan aku bertanya tu, aku nak berkongsi disini untuk pengetahuan bersama. Aku pun bukanlah pro dalam bidang pertayaran ni tapi sebabkan pengalaman kecil aku yang pernah menjadi psv dan gdl driver dulu banyak juga aku belajar. Ilmu yang ditimba dari pengalaman sendiri diatas jalan dan juga berkat masa "me-repair" dibengkel syarikat.  Masalah yang ke-6 adalah sangat kritikal! Bunga tayar haus kiri dan kanan bahagian Ini paling biasa jadi pada kenderaan yang banyak perjalanan. Sebab utama ialah, kurang tekanan angin. Pastikan isi angin yang sesuai dengan mengikut spesifikasi kenderaan. Jumlah tekanan / pressure yang sesuai biasanya boleh dirujuk pada bahagian dalam pintu sebelah pemandu. Perasan tak ada stiker yang ditampal menunjukkan isi padu sesuai mengikut piawaian standard sesebuah kenderaan tu. Bunga tayar hau

Amaran Air Pasang Besar - Jauhi Kawasan Pantai III

Image
 Syukur kehadrat Illahi... kerana masih diberi kesempatan untuk berkongsi disini. Kalau sebelum ini sudah diberi amaran berkenaan air pasang be sar untuk bulan Oktober 2021 dan kini sekali lagi fenomena air pasang besar akan melanda pantai-pantai Malaysia Barat khususnya daerah Kuala Langat. Amaran yang dijangka akan belaku pada 3hb. sehingga 7hb. November depan telah dikeluarkan oleh pihak penguasa tempatan MPKL. KUALA LANGAT - Orang awam dilarang memasuki kawasan peranginan pantai di daerah ini sepanjang fenomena air pasang besar dan peralihan monsun timur laut yang bermula minggu depan. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, air pasang besar dijangka berlaku bermula 3 hingga 7 November depan. Menurutnya, MPKL akan menggerakkan petugas bagi membuat pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan terlibat. "Antara kawasan yang dijangka berlaku limpahan air seperti Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib

CLAIM YOUR OFFER NOW!

CLAIM YOUR OFFER NOW!
Daftar dan dapatkan RM80.00/20% Diskaun pembelian sekarang..

Anyone..?

Charismatic bloggers