Amaran Air Pasang Besar - Jauhi Kawasan Pantai III
Syukur kehadrat Illahi...
kerana masih diberi kesempatan untuk berkongsi disini.
Kalau sebelum ini sudah diberi amaran berkenaan air pasang besar untuk bulan Oktober 2021 dan kini sekali lagi fenomena air pasang besar akan melanda pantai-pantai Malaysia Barat khususnya daerah Kuala Langat.
Amaran yang dijangka akan belaku pada 3hb. sehingga 7hb. November depan telah dikeluarkan oleh pihak penguasa tempatan MPKL.
KUALA LANGAT - Orang awam dilarang memasuki kawasan peranginan pantai di daerah ini sepanjang fenomena air pasang besar dan peralihan monsun timur laut yang bermula minggu depan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, air pasang besar dijangka berlaku bermula 3 hingga 7 November depan.
Menurutnya, MPKL akan menggerakkan petugas bagi membuat pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan terlibat.
"Antara kawasan yang dijangka berlaku limpahan air seperti Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat.
"Justeru itu MPKL akan menutup kawasan peranginan pantai dan kemudahan-kemudahan awam seperti medan selera dan kiosk di Pantai Kelanang, Pantai Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, hujan lebat dan angin kencang secara serentak bersama air pasang besar boleh menyebabkan risiko berlakunya kejadian banjir yang lebih buruk.
Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan orang awam yang tinggal di pesisir pantai menyimpan semua dokumen penting di tempat selamat serta mudah diambil sekiranya berlaku kejadian banjir.
"Orang ramai khususnya penduduk di daerah diingatkan agar tidak mendekati atau memasuki serta tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh yang ditetapkan memandangkan semua kawasan peranginan pantai yang terlibat akan ditutup sepenuhnya," katanya.
Credit | Sumber | Artikel Penuh : SinarHarian . © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Berkaitan:
Wah pertama kali dengar kawasan Kuala Langat kena tutup.
ReplyDeleteOmbak mengganas kali ni
DeleteNasib baik MPKL bertindak pantas...
ReplyDeletePantauan ketat kali ni
Delete