Selamat Malam Dunia | Keindahan Pantai Morib
Bismillah...
Lama juga rasanya tak menghirup udara masin kat pantai. Padahal rumah aku taklah jauh mana pun untuk ke pantai. Sejak Covid, banyak perkara yang berubah. Serba-serbi dah tak macam dulu. Kalau sebelum ni, pantai akan sesak bila malam hujung minggu macamni. Dengan suara dan keletah anak² kecil terutamanya.
Adakah dunia sudah berubah? Atau manusia yang semakin lupa? Lupa akan asal-usul. Lupa akan siapa menumpang siapa. Semamangnya dunia ini hanya pinjaman. Tetapi manusia selalu lupa dengan nikmat yang diberikan. Semakin hari semakin tenat.
Walaupun baru² ni kebanyakan pantai di Malaysia dilanda ombak besar dan Alhamdulillah sekarang dah mula reda. Dengarnya baru² ni di kawasan pantai² sebelah Selangor agak kuat juga hentaman ombak besar. Sempat juga aku memorikan sedikit kesan² ombak besar di beberapa kawasan pantai berdekatan - Morib, Kelanang dan kawasan jeti nelayan.
Malam ini malam yang indah. Malam bilamana langit hitamnya di selimuti sutera kebiruan. Sungguh kagum dengan ciptaanNya Yang Maha Esa. Seluas² kanvas terbentang diangkasa untuk tatapan sikerdil-kerdil ciptaanNya. Kecil kan? Kecil sangat kita ni.. syukur kerana masih diberi kesempatan ini.
P/s: Lama tak main layang² sambil berkelah, bebas seperti dulu²
Lama juga tidak pergi Morib. Selalu pergi sebab ada bilik di Morib.
ReplyDeletesejak covid melanda Morib lengang dan sunyi
Deletebest jugak duduk dekat dengan laut ni, dapat enjoy angin laut walaupun terasa masinnya haha
ReplyDeleteHaha.. therapy katanya
Delete