Posts

Showing posts from October, 2021

Tips Penjagaan dan Makna Kesan Pada Tayar Kenderaan

Image
 Bismillah... Ceritanya baru-baru ni kawan aku bertanyakan tentang tayar keretanya. Maklumlah dia baru nak mula belajar-belajar membuat e-Hailing. Ok.. kebetulan kawan aku bertanya tu, aku nak berkongsi disini untuk pengetahuan bersama. Aku pun bukanlah pro dalam bidang pertayaran ni tapi sebabkan pengalaman kecil aku yang pernah menjadi psv dan gdl driver dulu banyak juga aku belajar. Ilmu yang ditimba dari pengalaman sendiri diatas jalan dan juga berkat masa "me-repair" dibengkel syarikat.  Masalah yang ke-6 adalah sangat kritikal! Bunga tayar haus kiri dan kanan bahagian Ini paling biasa jadi pada kenderaan yang banyak perjalanan. Sebab utama ialah, kurang tekanan angin. Pastikan isi angin yang sesuai dengan mengikut spesifikasi kenderaan. Jumlah tekanan / pressure yang sesuai biasanya boleh dirujuk pada bahagian dalam pintu sebelah pemandu. Perasan tak ada stiker yang ditampal menunjukkan isi padu sesuai mengikut piawaian standard sesebuah kenderaan tu. Bunga tayar hau

Amaran Air Pasang Besar - Jauhi Kawasan Pantai III

Image
 Syukur kehadrat Illahi... kerana masih diberi kesempatan untuk berkongsi disini. Kalau sebelum ini sudah diberi amaran berkenaan air pasang be sar untuk bulan Oktober 2021 dan kini sekali lagi fenomena air pasang besar akan melanda pantai-pantai Malaysia Barat khususnya daerah Kuala Langat. Amaran yang dijangka akan belaku pada 3hb. sehingga 7hb. November depan telah dikeluarkan oleh pihak penguasa tempatan MPKL. KUALA LANGAT - Orang awam dilarang memasuki kawasan peranginan pantai di daerah ini sepanjang fenomena air pasang besar dan peralihan monsun timur laut yang bermula minggu depan. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, air pasang besar dijangka berlaku bermula 3 hingga 7 November depan. Menurutnya, MPKL akan menggerakkan petugas bagi membuat pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan terlibat. "Antara kawasan yang dijangka berlaku limpahan air seperti Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib

Jangan Pandang Remeh | KFC McD Semua Pandu Lalu

Image
Bismillah... Rasanya ramai yang sudah tahu, cerita seorang gadis istimewa yang meluahkan rasa sedihnya kerana sikap segelintir golongan yang diskrimimasi  diskriminasi. Sedih juga bila tengok masih lagi ujud golongan-golongan yang boleh dikatakan mendiskriminasi hak dan kekurangan seseorang. Kita sudah jauh kehadapan kot. Seriously.. aku memang tak faham! Video: TikTok @aira_meor  Sumber: Facebook @Rizal Hakimm Punyer

Vendor Dan Rider Panda Mula Bosan II

Image
  Kami dah penat mengadu sana sini - Begitulah ayat yang keluar dari rata-rata vendor di salah satu syarikat servis penghantaran terkenal di Malaysia. Kami dah penat buat aduan di portal itu dan ini Tapi tiada yang mendengarkan kami, tiada yang ambil tahu nasib kami. Kami keluarkan modal , kami masak penat-penat, akhirnya kami yang berhutang kepada syarikat! Modal habis, penat percuma, yang untungnya syarikat besar! Jadi kami buat dengan cara kami: !VENDOR NEKAD BOIKOT ! [2 HARI SEMUA VENDOR TUTUP PERANTI FP] 1-2 NOVEMBER 2021 Sebarkan dan sedarkan rakan vendor lain untuk bersama kita demi kebajikan dan keselamatan vendor daripada dimanipulasi oleh syarikat besar. *Terbaru, pesanan yang dibatalkan akan dibayar kepada vendor sebagai ganti rugi kos penyediaan bahan masakan . Namun FP tetap mengenakan caj 30-35% ke atas bayaran tersebut. Bukti lihat di gambar belakang sekali.  Nak terus menindas vendor? KAMI OK JE KAMI BOIKOT  KAMI TUTUP FP, BUKA PLATFORM LAIN * Petikan dari: Facebook - F

Minat Nak Tambah Pendapatan Sampingan Tak

Image
 Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.. Pernah dengar tak produk berkualiti tinggi dan viral sekarang ni -  Go Nature Sacha Inchi Oil - by Ustaz Hanafiah Malek    🔎  Info   Sekarang ni kami sedang mencari mereka yang berminat untuk buat Dropship . Sangat-sangat mudah, cuma promot produk Go Nature Sacha Inchi Oil ni dan setiap tempahan dimasukkan terus kedalam sistem ahli. Semuanya dikawal oleh ahli sendiri. TIADA kawalan atau gangguan dari kami/HQ tau. Anda boleh bergerak bebas. Apa kelebihan menjadi dropship kami? TIADA yuran dikenakan unutk  untuk sertai kami | Daftar Percuma Support group oleh mereka-mereka yang sangat-sangat sporting Bahan-bahan iklan akan diberikan dan anda bebas untuk beriklan Keuntungan terus dari jualan | Tiada klaim semula dari kami/HQ Penghantaran 100% dilakukan oleh kami/HQ Ahli hanya lihat & tunggu keuntungan Mudah sahaja kan? Sambil-sambil kita ber SocMed sambil tu kita menjana pendapatan. Dengan hanya duduk didepan komputer/handphone sahaja. Pr

Bantuan Kehilangan Pendapatan BKP RM500 Dibayar Pada 26 Oktober

Image
 Kerajaan menyedari keluhan ramai yang kehilangan punca pendapatan mengenai kesukaran meneruskan kehidupan seharian. Selari dengan dasar kerajaan, tiada ahli Keluarga Malaysia yang akan tersisih dan kerajaan akan memastikan kemakmuran ekonomi akan dinikmati bersama. Oleh itu, sukacita saya umumkan bayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 secara “one-off” akan dibuat bermula esok (Selasa, 26 Oktober 2021). Bantuan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM434 Juta demi memberi manfaat kepada seramai 870,000 individu yang hilang pendapatan tahun ini.  Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat melalui portal BKP bermula esok. Kerajaan akan terus membantu dan menyantuni Keluarga Malaysia dengan inisiatif serta apa jua bentuk bantuan yang dapat meringankan beban mengharungi waktu-waktu sukar ini. Sumber: Laman facebook rasmi DS Ismail Sabri Yaakob Semakan Bantuan BKP: LAMAN RASMI BKP

October Boycott - Vendor Dan Rider Panda Mula Bosan

Image
 Assalamu'alaikum dan salam sejahtera... Hari ni 25 Oktober 2021 dikatakan hari hampir kesemua vendor (pembekal/pengusaha) yang berusahasama dengan salah satu syarikat servis penghantaran terkenal. Kisahnya apa yang aku tahu sikit-sikit melalui socmed ialah berpunca dari rasa ketidak-puashatian oleh peniaga/vendor. Mereka terasa tertekan dan ditekan oleh syarikat utama tersebut. Syarikat ni memang agak terkenal dan berpusat di Bangsar South, Kuala Lumpur. Tindakan Boikot Perlu ke kita boikot? Sebabkan masalah vendor, maka kita sebagai pengguna turut sama boikot? Macamana dengan nasib-nasib mereka yang menjadi 'rider' Ok.. perkara ini tidak membabitkan pengguna. Kenapa nak boikot? Bagi pendapat akulah, boikot untuk sesuatu/keadaan itu perlu. Sebagai rakyat yang kerdil macam aku ni, boikot adalah jalan terbaik bagi membantu penindasan oleh pihak-pihak besar/gergasi seperti syarikat penghantar ini. Boikot juga boleh membantu dalam kita menggantikan "suara" kita yang

Selamat Malam Dunia | Keindahan Pantai Morib

Image
 Bismillah... Lama juga rasanya tak menghirup udara masin kat pantai. Padahal rumah aku taklah jauh mana pun untuk ke pantai. Sejak Covid, banyak perkara yang berubah. Serba-serbi dah tak macam dulu. Kalau sebelum ni, pantai akan sesak bila malam hujung minggu macamni. Dengan suara dan keletah anak² kecil terutamanya. Adakah dunia sudah berubah? Atau manusia yang semakin lupa? Lupa akan asal-usul. Lupa akan siapa menumpang siapa. Semamangnya dunia ini hanya pinjaman. Tetapi manusia selalu lupa dengan nikmat yang diberikan. Semakin hari semakin tenat. Walaupun baru² ni kebanyakan pantai di Malaysia dilanda ombak besar dan Alhamdulillah sekarang dah mula reda. Dengarnya baru² ni di kawasan pantai² sebelah Selangor agak kuat juga hentaman ombak besar. Sempat juga aku memorikan sedikit kesan² ombak besar di beberapa kawasan pantai berdekatan - Morib, Kelanang dan kawasan jeti nelayan. Malam ini malam yang indah. Malam bilamana langit hitamnya di selimuti sutera kebiruan. Sungguh kagum d

Kenapa Aku Suka Guna Bing

Image
 Bismillah... Ya.. BING - Microsft Bing search engine. Kalau masa dulu aku dan rasanya ramai dikalangan kita lebih suka menggunakan khidmat Google. Tapi sekarang ni aku lebih cenderung kepada Bing. Sebab? Sebabnya aku pun tak berapa pasti nak jelaskan secara detail. Memandangkan aku ni bukan berlatar-belakangkan IT tapi sebagai pengguna harian internet, sudah pasti aku cuba mencari sesuatu yang boleh memudahkan kerja harian. Selain kerja, dari espek keselamatan juga adalah amat penting. Ini kerana rata-ratanya kita setiap-kali akan memerlukan khidmat internet dalam kehidupan seharian. Tak kisahlah siapa atau apa latar-belakang kita. Dunia sudah makin kehadapan. Sama-ada kita mengejar dan mengikut arus atau kita duduk dan berlengah hingga sampai masanya kita tertinggal kebelakang . Kita ambil contoh yang paling mudah, iaitu Bank. Sekurang-kurangnya dalam sebulan kita pasti perlu menggunakan khidmat talian internet untuk membayar bil-bil semasa. Sedar tak sedar kita perlu juga menggunak

Surah Al-Kahfi - Bacaan dan Terjemahan

Image
  Surah Al-Kahfi - سورة الكهف Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.  Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak". (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. Maka jangan-jangan pula engkau (wahai M

Hari-Hari Diskaun

Image
✓ HARI² 1% OFF! Salam sejahtera ~ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   ✓ Kat Nur Aziz Online kita hari² memang bagi 1% OFF untuk semua produk tau awak ✓ Tiap² bulan akan ada Up To 50% Off untuk produk² terpilih. ✓ Produk² kami Dijamin Asli/Original & setiap pembelian akan dibantu dari awal hingga selamat sampai ketangan pelanggan Penghantaran ke seluruh Malaysia - *Mesej kami untuk pengurusan penghantaran luar negara. *T&C applied Penghantaran dilakukan setiap hari KECUALI Sabtu dan Ahad. Kelewatan masa penghantaran oleh perkhidmatan courier adalah diluar bidang kuasa kami. Sila mesej kami sebelum membuat tempahan. Ini adalah kerana kami juga menjual diluar talian, stok ada masanya berubah & belum update di Shopee.

Hujan lebat di lima negeri mengakibatkan lebih 1,000 penduduk

Image
 L ebih 1,000 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan kediaman mereka dilanda banjir. Di MELAKA, seramai 590 orang daripada 155 keluarga di Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah ditempatkan di sembilan PPS pagi ini berbanding 493 orang daripada 130 keluarga tengah malam tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol Cuthbert John Martin Qudra dalam kenyataan berkata, daripada sembilan PPS itu, tiga daripadanya adalah di Melaka Tengah yang menempatkan 257 orang daripada 60 keluarga, tiga di Jasin yang menempatkan 182 orang daripada 48 keluarga serta tiga lagi di Alor Gajah yang menempatkan 151 orang daripada 47 keluarga. Di SELANGOR, 267 orang ditempatkan di empat PPS setakat 5.30 pagi tadi selepas sembilan kawasan mengalami banjir kilat susulan hujan lebat sejak petang semalam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis dalam kenyataan berkata, 200 orang daripadanya ditempatkan di PPS Surau Abadi, PPS B

KISAH Kelahiran Nabi Muhammad ﷺ

Image
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ♥️ KISAH kelahiran Nabi Muhammad ﷺ wajib diketahui oleh umat Islam. Nabi Muhammad lahir di Makkah hari Senin, 12 Rabi’ul Awal pada tahun 571 kalender Romawi (1450 tahun yang lalu). Pada saat itu ada pasukan gajah yang dipimpin oleh Abharah Habasyah, yang ingin merobohkan Ka’bah maka disebutlah tahun gajah. Beberapa sejarawan dan pakar hadis mengatakan, menjelang kelahiran Nabi Muhammad ada sejumlah peristiwa besar yang terjadi. Beberapa peristiwa besar itu adalah singgasana Raja Persia Kisra Anusyirwan yang bergoyang dan 14 balkon istananya ikut runtuh. Selain itu, padamnya api sesembahan kaum Majusi di kuil pemujaan di Persia yang sebelumnya tak pernah padam. Peristiwa lain menjelang kelahiran Nabi Muhammad, yaitu air Danau ‘A’ yang dikultuskan oleh masyarakat Persia, tiba-tiba surut. Tasik Sava atau semenajung suci bagi masyarakat Persia pun mendadak ten

CLAIM YOUR OFFER NOW!

CLAIM YOUR OFFER NOW!
Daftar dan dapatkan RM80.00/20% Diskaun pembelian sekarang..

Anyone..?

Charismatic bloggers