Kerana Dia Aku Mengalah

 Bismillah...

Ni cerita driver gdl. Tak semua yg buruk tapi tak semua yg elok. Sebenarnya sama ajer sebab driver semua manusia. Pernah dengar driver lori bab* adalah seekor bab* 🤔 rasanya memang belom lagi dengar kot haha 

Apa² pun semuanya perihal sikap. Tak kisah lah kau pemegang lesen cdl / pdl / gdl / psv / lesen kete kebal sekalipun. Sebabnya bila berada atas jalan je kau adalah "beramai" bukan sorang. Semua nak kena ingat. Mak, ayah, abang, kakak, suami, isteri, anak² dan semuanya. Otak kena jelas. Fikiran kena santai. Jangan gopoh jangan kelam-kabut. Atas jalan ada yg kelam kelibut huru-hara tu dah kenapa? Kalau rasa nak terbuang air besar sekalipun lah singgah je memana yg dan. Banyak je cara kalau dah dalam terdesak. Kendian² tu boleh sambung kasi settle belen² tu 🤭

Untuk semua pengguna jalanraya baik 2 roda, 4 roda sampai yg berbelas² roda atau bersendi kenalah bersikap AWAS. Kerana sebabkan nafsu kita yg mementingkan diri sendiri, orang lain jadi mangsa. Bukan setakat mangsa kemalangan atau nyawa sahaja tapi mangsa keadaan pun ye juga.

Contohnya seperti video yg aku dapat ni. Kalau bagi mereka yg tak AWAS dalam memerhati tu akan terus salahkan lori trelar tu. Cuba perhatikan dengan betul² dan nilai. Betapa driver lori tu sanggup buat sudden braking demi orang lain. Padahal apa yg dia buat tu sangat² berisiko untuk diri dia sendiri. Kalau kita tak boleh memberikan kebaikan pada orang lain, berilah kebaikan itu buat diri sendiri kerana ia memadai untuk kebaikan semua ~ "kerana dia aku mengalah.."

Sumber video: Kosmo Online 

p/s: biar AWAS asal jangan SAWA

Credit: facebook . Kosmo Online . Google

Comments

  1. Salam azmer..jalan raya bukan seorang nak guna kan..ramai guna..waspada dan disiplin serta jadilah pemandu berhemah

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih sudi berkongsi pendapat/komen ~ You comment I follow..

Penafian: Segala kandungan blog adalah nukilan dan pendapat penulis kecuali yang di tag sumber|credit|hak-cipta|copy|salinan dimana ianya diambil dari penulisan/gambar yang membenarkan salinan. Nukilan dan pendapat adalah dasar pemikiran telus dari penulis tanpa sebarang ajakan/dorongan/provokasi oleh/kepada mana² pihak. Sebarang salinan/perkongsian yang diambil dari blog ini adalah Dibenarkan dan semoga diberikan sedikit credit adalah sebaiknya - Azmer Shahar ©

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL
Boleh dapatkannya melalui kedai² kami di TikTok Shop, Shopee, Lazada & eDesa (Lihat di sidebar)

All time featured

Pantai Morib Ditutup Sementara

Tanda Waqaf dalam Al Qur’an Beserta Maknanya

Jom Masak Nasi Lemak Pandan

Kisah hotel bertukang ditengah malam

Anyone..?

Charismatic bloggers