Blog Perfomance Report by GTMetrix on November 2021

 Bismillah...

Semalam jalan-jalan Blogwalking terjumpa satu entri menarik dari sahabat blogger KakmimDotCom ni bercerita tentang blog performance. Bagi seorang blogger, perfomance untuk satu-satu blognya memang penting. Pening kalau blog terlalu berat dan akan memberi kesan kepada kunjungan reader blog tersebut. Selain memberi kesan kepada reader ia juga memberi impak kepada search bot dan crawler indexing.

So dipendekkan cerita aku pun sibuk-sibuklah sama nak buat performance test di GTMetrix ni haha. Sebelum-sebelum ni blog aku memang agak berat sebab masalah template. Sejak Oktober 2021 yang lepas aku mula tukar template dan cuba encoding mana yang aku reti nak bagi blog lebih ringan. Berikutnya ialah keputusan yang aku dapat. Bolehlah kan, kalau nak ikutkan yang sebelum ni.

blog_performance.png
azmerhahar@blogspot

Yang aku masih ingat dari berkat belajar dari rakan-rakan lain, perkara utama yang perlu jaga ialah java dan script. Bahasa mudah ialah widget dalam blog. Aku sukakan minimal sejak dari dulu. Cuma ada beberapa yang penting sahaja yang akan agu guna-pakai contohnya untuk iklan-iklan dalam blog aku. Lagi banyak widget, lagi merabanlahy satu-satu blog tu nanti. Bak kata salah seorang rakan blogger yang disegani didalam komen entri Kakmim.. "Ye... less is more...yang penting pantas"

blog_performance_2.png
nurazizonline@blogspot

Less is more.. Yes! aku sangat setuju. Yang kita perlu praktikkan ialah content blog tersebut dan bukannya hiasan yang cantik tetapi memakan diri. Kalau dalam kehidupan seharian, istilah didalam Islam ialah Tabarruj - Apa itu TABARRUJ? Yang ini InsyaAllah dilain masa kita akan rungkaikan bersama. 


blog_compare.png
Comparing Azmer Shahar and Nur Aziz


P/s: Terima kasih buat blogger KakmimDotCom yang share entri menarik berkenaan blog perfomance tu.

Comments

  1. Ammi dah check..dapat C je. Tapi malas pulak nak adjust baju blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya blog puan ok je selalu saya blogwalk loadinga zasss

      Delete
  2. Wah.. tahniah... dpt A... semoga terus maintain ye

    ReplyDelete
  3. Aduh... uncle bukan faham benda2 ni....

    ReplyDelete
  4. Blog saya ok kut.. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  5. rasanya blog PC terlajak sopan santun lemaunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga kot. Sebab selalu dtg singgah cepat juga loadingnya

      Delete
  6. Saya pun cuba buat blog yang simple. Takde iklan sebab tujuan saya berblog adalah utk menulis bukannya nak jana duit.

    Cuma saya suka install widget lagu.

    Dulu ada macam macam widget utk lagu tapi sekarang makin kurang sebab kos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog otai.. teringat zaman² lepas kebanyakan blog ada widget lagu

      Delete
  7. Dah lama tak check performance blog ni. Fiza dulu Mula² berblog macam² widget ada. Tapi sekarang semua dah buang. Salah satu sebabnya nak ringankan blog.

    ReplyDelete
  8. nanti nak kene cek jugak... tapi entah-entah dapat f je... blog jenis apa ada nya je hehhe

    ReplyDelete
  9. Walaupun blog saya tak letak iklan gerak2 tu, tapi saya letak banyak gambar. Entah slow agaknya orang loading 😅. Tapi nak buat camne, blog la tempat saya simpan gambar dan info untuk rujukan akan datang.

    ReplyDelete
  10. tahniah...ini memang sangat laju

    kalau guna minimalist memang laju

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih sudi berkongsi pendapat/komen ~ You comment I follow..

Penafian: Segala kandungan blog adalah nukilan dan pendapat penulis kecuali yang di tag sumber|credit|hak-cipta|copy|salinan dimana ianya diambil dari penulisan/gambar yang membenarkan salinan. Nukilan dan pendapat adalah dasar pemikiran telus dari penulis tanpa sebarang ajakan/dorongan/provokasi oleh/kepada mana² pihak. Sebarang salinan/perkongsian yang diambil dari blog ini adalah Dibenarkan dan semoga diberikan sedikit credit adalah sebaiknya - Azmer Shahar ©

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL
Boleh dapatkannya melalui kedai² kami di TikTok Shop, Shopee, Lazada & eDesa (Lihat di sidebar)

All time featured

Pantai Morib Ditutup Sementara

Tanda Waqaf dalam Al Qur’an Beserta Maknanya

Jom Masak Nasi Lemak Pandan

Kisah hotel bertukang ditengah malam

Anyone..?

Charismatic bloggers