SPAM Commenters - Dia Buat Hal Pulak Blogger Ni

 Assalam... Salam bermalam minggu

Malam minggu malam muda mudi haha.. tapi untuk aku dan isteri lebih suka lepak-lepak rehat depan tv ajer. Kawasan tempat tinggal aku ni kalau malam minggu atau hujung minggu memang meriah. Ramai pengunjung-pengunjung luar datang yang kebanyakannya bermisikan jalan-jalan cari makan dan tak kurang juga yang berkunjung ke pantai-pantai.

spam_comment.jpg
Antara komen di label spam oleh blogger

Sebut pasal jalan-jalan dan misi ni teringat dengan komen-komen dari sahabat-sahabat blogger. Mulanya aku tak berapa nak perasan tapi tergerak hati nak periksa ruang spam di dalam komen. Rupanya ada beberapa komen yang "tersangkut" disana.

Harapnya mana-mana sahabat blogger yang singgah berkongsi pendapat/komen tak serik untuk singgah lagi dan terus memberi sokongan. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada semua pengunjung blog yang serba kekurangan ini. Sokongan sahabat-sahabat adalah sangat aku hargai. Sambil seronok aku mengomel kat sini sambil tu juga aku dapat mengembangkan ukhuwah sesama umat dan dipanjangkan silatur-rahmi sesama kita. Tak lupa juga dengan pengalaman, ilmu dan bermacam-macam perkongsian ditimba bersama-sama.

spam_comment2.jpeg
Komen² yang masuk ke spam filter


P/s: Harapnya mana yang komennya tak keluar sebelum ini jangan ambil hati dan serik ye.. - aku tak bersalahh huhuu

Comments

  1. Kadang memang komentar tidak sengaja masuk ke kotak spam, aku juga pernah mengalami hal ini.😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha bingung aku bila periksa ada banyak juga tersimpan didalam kotak spam

      Delete
  2. Selalu jadi macam tu sebab komen terus pada lebih dari tiga entry dalam satu masa

    ReplyDelete
  3. Selalu jugak...lepas tu ada banyak komen iklan porn dan ada iklan2 dalam bahasa arab kot...selalu nampak dalam blog kawan2 yang lain..better delete kalau tak ada problem nanti...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih sudi berkongsi pendapat/komen ~ You comment I follow..

Penafian: Segala kandungan blog adalah nukilan dan pendapat penulis kecuali yang di tag sumber|credit|hak-cipta|copy|salinan dimana ianya diambil dari penulisan/gambar yang membenarkan salinan. Nukilan dan pendapat adalah dasar pemikiran telus dari penulis tanpa sebarang ajakan/dorongan/provokasi oleh/kepada mana² pihak. Sebarang salinan/perkongsian yang diambil dari blog ini adalah Dibenarkan dan semoga diberikan sedikit credit adalah sebaiknya - Azmer Shahar ©

CLAIM YOUR OFFER NOW!

CLAIM YOUR OFFER NOW!
Daftar dan dapatkan RM80.00/20% Diskaun pembelian sekarang..

All time featured

Kisah hotel bertukang ditengah malam

MSG yang mampu menyuburkan pokok

Adab Dalam Memberi Nasihat dan Teguran Dalam Islam

Misteri Banglo Usang Seri Pantai, Pantai Morib

Anyone..?

Charismatic bloggers