Kenangan Bersama Sicomel Toby
Assalam... dan semoga sejahtera untuk semua.
Dua tiga hari ni aku sibuk sikit. Tak sompek nak pumpang-² dalam blog ni. Bukan sibuk apa pun, just buat full update sistem platform dan stok untuk Nur Aziz Online ajer..
Dalam sibuk-sibuk tu teringat pulak kat sibulus kami, toby.. Apalah khabar dia sekarang kan? Kalau ikutkan umur bulus dia, kiranya dah tua juga. Sejak kawen denga cik meow makcik jiran seberang, datang jenguk ke sini pun sesekali ajer. Sampai hati kau toby haha..
Kenangan masa baru nak sembuh dari sakit mata |
Toby ni kami ambil dia sejak umur dua minggu. Asalnya kematian ibu. Tuan asalnya mencari kuarga angkat untuknya. Kesian.. mula-mula dapat dia kena sakit mata. Alhamdulillah dalam seminggu sembuh. Cuma dia ni tak suka susu. Jenuh bagi dia susu macam-macam jenis dan jenama, tetap dia tak nak. Yang dia suk minum air kosong ajer..
Toby ni paling suka kalau kami bawa jalan-jalan naik kereta. Kalau tidor pulak mesti nak kat tengah-tengah antara aku dan Nur Aziz. Letak la balik dalam bakul dia, nanti dia akan naik semula atas katil. Dia tak suka merayap.. main-main pun dalam rumah ajer. Sampailah bila umur kucingnya meningkat dewasa.. baru nak main-main kat luar. Itupun kalau ternampak kekasih hati dia.. hurmm
Gelagat yang paling tak boleh lupa.. toby ni paling suka benam muka dalam kapet bulu dia. Kapet tu memang tempat dia melepak sejak baby. Tukar dengan kapet lain walau yang agak serupa pun dia tak mahu. Dia tetap setia dengan kapet asal tu.
Lama betul dah tak nampak dia.. 😐
cakap pasal kucing, kucing saya baru meninggal bulan lepas. it was very sad for us, family.
ReplyDeleteSedihnya..
DeleteKarpet busuk. Hehe manja Toby kena tidur atas katil bersama tuannya.
ReplyDeletehaha betul.. letak lah dalam tempat dia nanti tiba2 ada semula kat tgh2. kadand2 masuk celah ketiak
DeleteTobi yang lucu.
ReplyDeletememang lucu si kecik ni
DeleteMacam berubah pulak warna dia?
ReplyDeleteHaa.. tu lah kelebihan lense henpon cap ayam. Magis kan..
DeleteHai toby...baliklah nak tengok toby yang terkini la.
ReplyDeleteTu lah.. lama betul tak balik ni! Entah² kene bertugas join front liners ke apa ke ishh
DeleteMungkin kat Toby kesasar kah?
ReplyDeleteAku dulu pernah memelihara kucing, dari kecil dikasih makan, tapi sudah besar dia kabur sama kucing lain.😂
Haha sama lah si toby ni mungkin
DeleteBiasa di bawa jalan-jalan dalam kereta...untungnya dia
ReplyDeleteIye.. manje melampau dia ni
Delete