Tips Penjagaan dan Makna Kesan Pada Tayar Kenderaan
Bismillah...
Ceritanya baru-baru ni kawan aku bertanyakan tentang tayar keretanya. Maklumlah dia baru nak mula belajar-belajar membuat e-Hailing.
Ok.. kebetulan kawan aku bertanya tu, aku nak berkongsi disini untuk pengetahuan bersama. Aku pun bukanlah pro dalam bidang pertayaran ni tapi sebabkan pengalaman kecil aku yang pernah menjadi psv dan gdl driver dulu banyak juga aku belajar. Ilmu yang ditimba dari pengalaman sendiri diatas jalan dan juga berkat masa "me-repair" dibengkel syarikat.
Masalah yang ke-6 adalah sangat kritikal! |
Bunga tayar haus kiri dan kanan bahagian
- Ini paling biasa jadi pada kenderaan yang banyak perjalanan.
- Sebab utama ialah, kurang tekanan angin.
- Pastikan isi angin yang sesuai dengan mengikut spesifikasi kenderaan.
- Jumlah tekanan / pressure yang sesuai biasanya boleh dirujuk pada bahagian dalam pintu sebelah pemandu. Perasan tak ada stiker yang ditampal menunjukkan isi padu sesuai mengikut piawaian standard sesebuah kenderaan tu.
- Ini biasanya terjadi disebabkan oleh jujukan / allignment tayar yang sudah tidak selari.
- Kebiasaannya setiap kenderaan sebagusnya membuat pemeriksaan jujukan / alignment setiap 6 bulan.
- Tengok juga pada pemanduan, kalau pemanduan yang tinggi jarak kilometernya seeloknya baiklah dibuat pemeriksaan setiap 1-2 bulan.
- Ini biasa berlaku pada pemandu yang baru atau pemandu wanita atau pemandu berbadan ringan.
- Perkara ini terjadi disebabkan kelebihan tekanan angin pada tayar.
- Tekanan / pressure angin sudah melebihi paras yang ditetapkan dari piawaian standard kenderaan tersebut.
- Ini menunjukkan tanda sistem suspensi kenderaan tersebut sudah mula "kong"
- Jangka-hayat untuk setiap sistem suspensi adalah berbeza mengikut kenderaan dan cara pemanduan.
- Untuk membuat pemeriksaan suspensi dengan tingkas ialah dengan menghenjut-henjut badan kenderaan.
- Jika badan kenderaan melantun dengan cepat dan berhenjut secara berkali-kali maknanya sistem suspensi itu sudah "lembut" dan boleh dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.
- Sepertimana jujukan/alignment tayar, balancing juga perlu dibuat pemeriksaan.
- Sebaiknya, buatlah pemeriksaan berkala secara serentak untuk alignment dan balancing tayar. Kerana kedua-duanya memainkan peranan bersama dalam pemanduan.
Tulisannya rapih banget kak, enak dibacanya
ReplyDeleteTerima kasih sahabat. Lagi belajar dari teman2 seperti kamu
Deletehahaha masalah kewangan tu kelakar. Tayar sekarang ni haus satu jalur dekat tepi so kena check allignment lah nanti
ReplyDeletePerlu, nanti baru sedap drift haha
DeleteAlamak! Yang last tu! Kasihannya!
ReplyDeleteBetul kesian tu.. boleh gugur rambut
Deletehahaha yang haus masalah tu..ada alami..tak dinafikan ..adoi semuanya ada bahasa isyarat kan..hehehe baru baca tul2
ReplyDeletememang tak dinafikan
DeleteKereta 4x4 kos besar..betul2 kena bijak bajet ni
ReplyDeletekalau di Sabah 4x4 sangat perlu kan? kegunaannya tu lebih bersesuaian
Delete