Tips Penjagaan dan Makna Kesan Pada Tayar Kenderaan

 Bismillah...

Ceritanya baru-baru ni kawan aku bertanyakan tentang tayar keretanya. Maklumlah dia baru nak mula belajar-belajar membuat e-Hailing.

Ok.. kebetulan kawan aku bertanya tu, aku nak berkongsi disini untuk pengetahuan bersama. Aku pun bukanlah pro dalam bidang pertayaran ni tapi sebabkan pengalaman kecil aku yang pernah menjadi psv dan gdl driver dulu banyak juga aku belajar. Ilmu yang ditimba dari pengalaman sendiri diatas jalan dan juga berkat masa "me-repair" dibengkel syarikat. 

tyre
Masalah yang ke-6 adalah sangat kritikal!

Bunga tayar haus kiri dan kanan bahagian

  • Ini paling biasa jadi pada kenderaan yang banyak perjalanan.
  • Sebab utama ialah, kurang tekanan angin.
  • Pastikan isi angin yang sesuai dengan mengikut spesifikasi kenderaan.
  • Jumlah tekanan / pressure yang sesuai biasanya boleh dirujuk pada bahagian dalam pintu sebelah pemandu. Perasan tak ada stiker yang ditampal menunjukkan isi padu sesuai mengikut piawaian standard sesebuah kenderaan tu.
Bunga tayar haus sebelah bahagian sahaja
  • Ini biasanya terjadi disebabkan oleh jujukan / allignment tayar yang sudah tidak selari.
  • Kebiasaannya setiap kenderaan sebagusnya membuat pemeriksaan jujukan / alignment setiap 6 bulan.
  • Tengok juga pada pemanduan, kalau pemanduan yang tinggi jarak kilometernya seeloknya baiklah dibuat pemeriksaan setiap 1-2 bulan.
Bunga tayar haus ditengah bahagian
  • Ini biasa berlaku pada pemandu yang baru atau pemandu wanita atau pemandu berbadan ringan.
  • Perkara ini terjadi disebabkan kelebihan tekanan angin pada tayar.
  • Tekanan / pressure angin sudah melebihi paras yang ditetapkan dari piawaian standard kenderaan tersebut.
Tayar berombak melintang
  • Ini menunjukkan tanda sistem suspensi kenderaan tersebut sudah mula "kong"
  • Jangka-hayat untuk setiap sistem suspensi adalah berbeza mengikut kenderaan dan cara pemanduan.
  • Untuk membuat pemeriksaan suspensi dengan tingkas ialah dengan menghenjut-henjut badan kenderaan.
  • Jika badan kenderaan melantun dengan cepat dan berhenjut secara berkali-kali maknanya sistem suspensi itu sudah "lembut" dan boleh dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.
Tayar berombak tidak sekata
  • Sepertimana jujukan/alignment tayar, balancing juga perlu dibuat pemeriksaan.
  • Sebaiknya, buatlah pemeriksaan berkala secara serentak untuk alignment dan balancing tayar. Kerana kedua-duanya memainkan peranan bersama dalam pemanduan.
Selain tanda-tanda yang aku berikan di atas tu, perlu juga kita ketahui yang tayar juga ada 'expired/due date' Dapatkan penerangan dari pengeluar/pembekal tayar sebelum buat penukaran.
Terdapat juga segelintir pembekal tayar menawarkan tayar lorek dan tayar celup. Pendapat aku, tayar ini hanya sesuai untuk pemanduan sementara sahaja. Cukuplah diguna sementara menunggu masuk gaji. Lepas tu baik ditukar..
So.. itu je yang dapat aku kongsikan mengikut pengetahuan kecil yang aku ada. Harapnya membantu serba sedikit.

P/s: Tayar botak buat pasu pun cantik.
Nota: Ukuran tekanan angin yang betul sebenarnya banyak memberi kesan baik pada kenderaan, contohnya penggunaan bahan api - cengkaman pemanduan - kurang hentakan dan bunyi dalam kabin - jimat duit - kurangkan keguguran rambut

Comments

  1. Tulisannya rapih banget kak, enak dibacanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sahabat. Lagi belajar dari teman2 seperti kamu

      Delete
  2. hahaha masalah kewangan tu kelakar. Tayar sekarang ni haus satu jalur dekat tepi so kena check allignment lah nanti

    ReplyDelete
  3. Alamak! Yang last tu! Kasihannya!

    ReplyDelete
  4. hahaha yang haus masalah tu..ada alami..tak dinafikan ..adoi semuanya ada bahasa isyarat kan..hehehe baru baca tul2

    ReplyDelete
  5. Kereta 4x4 kos besar..betul2 kena bijak bajet ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau di Sabah 4x4 sangat perlu kan? kegunaannya tu lebih bersesuaian

      Delete

Post a Comment

Terima kasih sudi berkongsi pendapat/komen ~ You comment I follow..

Penafian: Segala kandungan blog adalah nukilan dan pendapat penulis kecuali yang di tag sumber|credit|hak-cipta|copy|salinan dimana ianya diambil dari penulisan/gambar yang membenarkan salinan. Nukilan dan pendapat adalah dasar pemikiran telus dari penulis tanpa sebarang ajakan/dorongan/provokasi oleh/kepada mana² pihak. Sebarang salinan/perkongsian yang diambil dari blog ini adalah Dibenarkan dan semoga diberikan sedikit credit adalah sebaiknya - Azmer Shahar ©

CLAIM YOUR OFFER NOW!

CLAIM YOUR OFFER NOW!
Daftar dan dapatkan RM80.00/20% Diskaun pembelian sekarang..

All time featured

Jom Masak Nasi Lemak Pandan

Time Traveling - Usah Dikenang Barang Yang Lepas

MSG yang mampu menyuburkan pokok

Adab Dalam Memberi Nasihat dan Teguran Dalam Islam

Nur Aziz Masuk Wad - Sunyi Sepi Kerinduan

Anyone..?

Charismatic bloggers