Amaran air pasang besar - jauhi kawasan pantai II

 Bismillah...

8 - 10 October 2021, Amaran air pasang besar - jauhi kawasan pantai telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Ini terkesan juga dengan pantai² berdekatan tempat aku. Kalau tengok ke kawasan pantai memang agak sepi. Tak "keriau" macam selalunya. Cuaca kawasan tempat berhampiran pun terasa lain dalam seminggu ni. Malam terasa mebahang dan siangnya berangin tapi panas.

azmershahar
Lokasi: Pantai Morib

azmershahar

Hari ini aku saje² singgah nak lihat keadaan. Nampak pihak berkuasa tengah buat pruning. Banyak pokok² yg dah tua di persiaran pantai ni. Ada juga seorang dua yg duduk berehat dan ada juga yg saje² jalan² (mcm aku) 

azmershahar

Aku mulakan dengan pantai Morib. Pihak berkuasa tempatan nampak sibuk dengan tugas-tugas pembersihan dan mencantas pokok². Ye lah 2-3 hari pantai dilanda angin kuat. Bezanya Morib ni ada tebing tinggi bertujuan menahan ombak kuat.

azmershahar
Lokasi: Pantai Kelanang

azmershahar

azmershahar

azmershahar

Lepas aku menyemakkan diri di Morib, aku menyusur pula ke Pantai Kelanang. Dekat sini pantainya ada bekas² ombak ganas. Dulu pun biasanya pantai Kelanang ni memang kuat angin dan ombaknya. Kelihatan bekas² ombak beso naik sampai ke atas kawasan parkir kenderaan awam. Ada juga kelihatan beberapa pengunjung datang berehat-rehat sambil melihat² keadaan.

azmershahar
Lokasi: Jeti pengkalan Kelanang

azmershahar

Kesan ombak besar ni biasanya banyak memberi kesan pada penduduk setempat. Terutamanya para nelayan. Kebiasaannya mereka hanya mampu termenung sementara menunggu kebenaran pihak berkuasa membenarkan semula kegiatan laut. Banyak bot/sampan yg hanya "park" menanti di kawasan jeti pengkalan. "Nak kluor bahaye. Kita buat apa yg boleh je lah sementara reda.." - cakap Wak Jelan, seorang sahabat aku yg minatnya di laut selain berkebun.

azmershahar

Photos: Azmer Shahar © 2021


P/s: Suka kelaut takpe asal perangai jangan kelaut sudahlah 🤭



Comments

  1. Itu indo atau malaysia kak? Pantainya bagus

    ReplyDelete
  2. kesian kat nelayan2 yg x leh turun ke laut mencari sesuap nasi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul.. biasanya mereka melakukan perkara2 lain termasuk berkebun

      Delete

Post a Comment

Terima kasih sudi berkongsi pendapat/komen ~ You comment I follow..

Penafian: Segala kandungan blog adalah nukilan dan pendapat penulis kecuali yang di tag sumber|credit|hak-cipta|copy|salinan dimana ianya diambil dari penulisan/gambar yang membenarkan salinan. Nukilan dan pendapat adalah dasar pemikiran telus dari penulis tanpa sebarang ajakan/dorongan/provokasi oleh/kepada mana² pihak. Sebarang salinan/perkongsian yang diambil dari blog ini adalah Dibenarkan dan semoga diberikan sedikit credit adalah sebaiknya - Azmer Shahar ©

CLAIM YOUR OFFER NOW!

CLAIM YOUR OFFER NOW!
Daftar dan dapatkan RM80.00/20% Diskaun pembelian sekarang..

All time featured

Misteri Banglo Usang Seri Pantai, Pantai Morib

Kerana Dia Aku Mengalah

MSG yang mampu menyuburkan pokok

Anyone..?

Charismatic bloggers