Pantai Morib Ditutup Sementara
Assalaam...wbt Rasanya lama sangat tinggalkan blog ni. Jangan kata berkulat, entah macam² lagi yg tumbuh kalau lama sangat tinggalnya ๐คฃ Kerja² pemuliharaan Pantai Morib Untuk entry yg pertama sejak berkurun membisu ni nak mulakanlah dengan kisah sedih bila datang bersiar di Pantai Morib. Nak kata sedih sangat pun tak juga. Nak gembira pun tak juga. Lama juga dah perhatikan. Dari info² yg ada cuma tahu sekarang ni Pantai Morib akan ujud industri perhotelan mewah. Tapi tak tahulah tentang kesahihannya setakat mana. Tapi apa yg pasti sekarang ni tengah musim ombak besar. Pantai Morib pun tak lari dengan fenomena ni. Tahun ke tahun pantainya terus menerus bertahan menempuh pukulan ombak besar ni. Cuma kali ni ada cerita lain sikit. Pantai Morib tengah rancak dalam kerja² penambah-baikan yang ekstrim. Kalau diikutkan sepertimana tertera dipapan tanda kerja² penambah-baikan ni akan berlaku sehingga tahun 2026. Agak lama juga tu. Nak diikutkan, bukanlah seluruh kawasan ditutup. Ta...