Time Traveling - Usah Dikenang Barang Yang Lepas

 Bismillah...

Barang yang lepas jangan dikenang-kenang, kelak boleh merana badan.. haha

Bosan-bosan hari minggu aku cuba ingat-ingatkan semula blog-blog yang aku pernah ada dulu. Susan juga nak recall sebab zaman tu kebanyakan blogger akan cipta 4 ke 5 blog. Trafficking bukan macam sekarang der.. haha nak survive kenalah buat sampai 4 ke 5 blogsite.

Xder1.jpg
Entry yang menimbulkan kontrovesi

Aku bermula dari arena blogstarz/blogstars (tak sure dah mana satu ejaan betul) Kalau tanya apa nama blog aku masa tu memang tak lah kan haha - seriously langsung tak dapat nak recall. Yang seingat mampu masa tu dalam sekitar tahun 2005/2006.

Xder2.jpg

shoutbox_tutor.jpg

Dari satu blogsite ke satu blogsite aku dan rakan-rakan blogger yang seperjuangan belajar sikit demi sedikit tentang blogging ni. Almaklumlah masa tu pun kami menyahut seruan kerajaan dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang menggalakkan agar rakyat belajar dan terokai dunia blog dan e-commerce.

Yang paling dapat aku recall ada 4 blogsite kot haha (jangan kecam tahap memory aku)

  1. xxxx@blogstar (haru namanya aku lupa langsung)
  2. persona@thumblr
  3. bosanbusan@blogspot - xDer.. words of nudity
  4. resepianakbapak@blogspot - Resepi² rekaan dan ciptaan sendiri
  5. duniakutoby@blogspot - Asal nama blog yang aku guna sekarang

bosanbusan.jpg
Sudah jadi milik orang lain

Setakat ini, semua pun tak dapat trace dah. Ada yang dah kena jual dan removed oleh pihak Blogger.
  • No. 1 - Apa dah jadi dengan blogstar ni? Last aku dengar syarikat yang berpengkalan di Pandan/Ampang ni bankrup/kes penipuan.
  • No. 2 - Banyak koleksi-koleksi gambar aku abadikan kat sini. Dari pemandangan, landscaping dan macam-macamlah. Even gambar-gambar koleksi tragedi Highland Tower pun aku ada scan dan upload dalam ni.
  • No. 3 - Yang ni paling tragis. Banyak sangat cerita-ceriti tentang anak-anak, personal blogs, reviews, research, video eh.. macam-macam lagi lah.
  • No. 4 - Blog yang ni aku isikan dengan resepi-resepi yang aku reka-cipta dan yang aku belajar dari tukang-tukang masak otai.. jangan terkejut kalau siap ada resepi temurun mee rebus dan mee bandung muor dalam tu yang aku belajar dari seorang wak jawa dan juga seorang peniaga mee terkenal di bas-stand pekan Muar.
  • No. 5 - Ini blog asal yang aku gunapakai sekarang. Mulanya blog ni aku buat untuk seekor anak bulus Nur Aziz. Kami dapat anak meow ni dari pemberian seorang hamba Allah yang mencari pengamanah untuk menjaga anak-anak kucingnya yang kematian ibu. Tapi blog ni terbengkalai sebab kesibukan tugas harian aku yang mengalahkan menteri masa tu!

  • karipap.jpg

    resepianakbapak.jpg
    Resepi Anak Bapak

So far memory aku takat tu ajer lah haha.. maleh nak recall lebih-lebih. Tiap kenangan manis pasti ada pahitnya kan? Kita redha dan teruskan kehidupan yang Allah pinjamkan. Jenuh juga aku cuba search mana yang ada saki-baki dalam Google..

resepiunik.jpg

resepi2.jpg

resepi_kulit_karipap

kongsi.jpg

reviews.jpg

blog.jpg




P/s: Esok nak cuba buat karipap kot menjadi lagi ke tak..? haha

Comments

  1. merintis..perjalanan ceritera seorang blogger.

    ReplyDelete
  2. Good luck karipap esok! Boleh buat entri tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyoolah.. tak sempat nak buat apa. Goreng kena ngap! Goreng kena ngap! Entering the big belly haha entri illek

      Delete
  3. 2005 dah berblogging lama betul tu, tahap otai...
    saya mula berblog tahu 2010 itu pun masa tu banyak tulisan yang entah apa-apa hahahha... tapi dari dunia blog ini lah dapat ramai kenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde maknanya otai haha.. skg dah balik ke newbie. skill pun dah karat. banyak nak kena belajar dari blogger2 skg. zaman dah berubah

      Delete
  4. Sy dlu bermula dgn blogdrive..mmg xde lah lg skrg blogdrive tu.. kemudian buat wordpress tu pn br jumpa balik thn lepas.. hehehe.. rimdu member2 blog ms mula2 berblog dlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah makin lama makin ramai yg tinggalkan blogging termasuklah saya haha. Betul tu, rindu dgn rakan² blogger dulu

      Delete
  5. seingat ammi cuma ada 3 blog..
    1 blogspot yang ammi buat since 2006 dan baru aja diremove oleh blogger
    1 wordpress..baru je teringat masih belum delete akaunnya
    dan yang ini yg paling latest sbb yg lama tu kene remove..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Since 2006,, tak dpt byg segala mcm memori terpadam mcmtu je

      Delete

Post a Comment

Terima kasih sudi berkongsi pendapat/komen ~ You comment I follow..

Penafian: Segala kandungan blog adalah nukilan dan pendapat penulis kecuali yang di tag sumber|credit|hak-cipta|copy|salinan dimana ianya diambil dari penulisan/gambar yang membenarkan salinan. Nukilan dan pendapat adalah dasar pemikiran telus dari penulis tanpa sebarang ajakan/dorongan/provokasi oleh/kepada mana² pihak. Sebarang salinan/perkongsian yang diambil dari blog ini adalah Dibenarkan dan semoga diberikan sedikit credit adalah sebaiknya - Azmer Shahar ©

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL

BISKUT SAMPAN TRADISIONAL
Boleh dapatkannya melalui kedai² kami di TikTok Shop, Shopee, Lazada & eDesa (Lihat di sidebar)

All time featured

Pantai Morib Ditutup Sementara

Tanda Waqaf dalam Al Qur’an Beserta Maknanya

Jom Masak Nasi Lemak Pandan

Kisah hotel bertukang ditengah malam

Anyone..?

Charismatic bloggers