October Boycott - Vendor Dan Rider Panda Mula Bosan

 Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...

Hari ni 25 Oktober 2021 dikatakan hari hampir kesemua vendor (pembekal/pengusaha) yang berusahasama dengan salah satu syarikat servis penghantaran terkenal. Kisahnya apa yang aku tahu sikit-sikit melalui socmed ialah berpunca dari rasa ketidak-puashatian oleh peniaga/vendor. Mereka terasa tertekan dan ditekan oleh syarikat utama tersebut. Syarikat ni memang agak terkenal dan berpusat di Bangsar South, Kuala Lumpur.

delivery
Tindakan Boikot

Perlu ke kita boikot? Sebabkan masalah vendor, maka kita sebagai pengguna turut sama boikot? Macamana dengan nasib-nasib mereka yang menjadi 'rider' Ok.. perkara ini tidak membabitkan pengguna. Kenapa nak boikot? Bagi pendapat akulah, boikot untuk sesuatu/keadaan itu perlu. Sebagai rakyat yang kerdil macam aku ni, boikot adalah jalan terbaik bagi membantu penindasan oleh pihak-pihak besar/gergasi seperti syarikat penghantar ini.

Boikot juga boleh membantu dalam kita menggantikan "suara" kita yang selalunya susah untuk diterima/naik keatas untuk dirujuk oleh pihak-pihak tertentu. Tentang vendor, bila aku lihat testimonial masing-masing memang aku terkejut! Aku juga menjalankan perniagaan melalui platform atas-talian dan perkara sebegini memang boleh "mencekik" peniaga-peniaga kecil seumpama aku.

rugi
Tak logic akal

Apabila kita berniaga menggunakan platform atas-talian ini, pastinya ada caj-caj yang dikenakan. Umpama kita membayar sewa tapak berniaga jugalah. Tetapi apa yang aku "dengar" dari rata-rata mereka yang berhubung-kait dengan syarikat servis penghantaran ni ialah agak tak masuk akal! Secara lojik akal, baik pekerjaan dibawah orang atau pekerjaan sendiri/berniaga mestilah mahukan pulangan. Gaji, komisen, untung dan sebagainya. Tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya. Dikatakan syarikat servis penghantaran ini mengenakan caj-caj tak masuk akal sehingga ada peniaga/vendornya mangalami kerugian 101% - ini bukan lagi kes kerugian sifar, tapi kerugian bawah sifar! Adakah mereka berniaga semata-mata hanya untk memberi keuntungan kepada syarikat yang membekalkan platform atas-talian itu sahaja?

rider
Contoh rider syarikat Halo

Bagi mereka yang bekerja sebagai rider pula, bagi aku tak perlu khuatir. Sebabnya sekarang ni masih terdapat banyak lagi platform-platform lain yang lebih "mengenal" pasukan-pasukannya. Macam aku sendiri, selalu juga menggunakan aplikasi-aplikasi servis penghantaran ni. Kadang-kadang tu parcel kecil dan boleh ajer aku hantar sendiri tapi niat untuk membantu dan sepertimana yang diajar oleh agama - rezeki itu dikongsi bersama.

Sekali lagi aku tekankan, pendapat aku tetap menyokong boikot ini. Pertama sekali yang aku boleh memberi sokongan ialah dengan uninstall aplikasi tersebut dan menyah-aktifkan account. Sekarang ni aku lebih suka gunakan HALO sebagai khidmat penghantaran makanan dan lain-lain cadangan ialah seperti BungkusIt, iHantar, Halo, Grabfood dan macam-macam lagi..

P/s: Bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga adalah tuntutan dalam agama..

Comments

  1. Jika ada perbincangan lagi bagus tapi itulah sukar didengari. Sokong platform yang adil.. harap ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan? perbincangan selalunya sangat sukar didengar

      Delete
  2. memang patut pun kena boikot sebab caj foodpanda makin melampau. Daripada guna foodpanda baik order dengan grab sebab lebih murah. Sebelum ni pun ada kes jugak bila foodpanda aniaya rider.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih sudi berkongsi pendapat/komen ~ You comment I follow..

Penafian: Segala kandungan blog adalah nukilan dan pendapat penulis kecuali yang di tag sumber|credit|hak-cipta|copy|salinan dimana ianya diambil dari penulisan/gambar yang membenarkan salinan. Nukilan dan pendapat adalah dasar pemikiran telus dari penulis tanpa sebarang ajakan/dorongan/provokasi oleh/kepada mana² pihak. Sebarang salinan/perkongsian yang diambil dari blog ini adalah Dibenarkan dan semoga diberikan sedikit credit adalah sebaiknya - Azmer Shahar ©

CLAIM YOUR OFFER NOW!

CLAIM YOUR OFFER NOW!
Daftar dan dapatkan RM80.00/20% Diskaun pembelian sekarang..

All time featured

Jom Masak Nasi Lemak Pandan

Time Traveling - Usah Dikenang Barang Yang Lepas

Adab Dalam Memberi Nasihat dan Teguran Dalam Islam

Nur Aziz Masuk Wad - Sunyi Sepi Kerinduan

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Anyone..?

Charismatic bloggers