Malam Jumaat Malam Hantu

 Alhamdulillah...

Syukur ke hadratMu ya Allah kerana masih memberikan nafas & nyawa untuk aku terus menikmati dunia yg sudah dipenghujung ini. Sesungguhnya aku hanya menumpang di bumi pinjamanMu untuk ku merebut peluang mengumpul "dana" membeli tiket ke alam abadi Mu disana. 

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ وَ تَقَبَّلْ ياَ كَرِيْمُ Mudah-mudahan Allah menerima amal ibadah aku, keluarga dan sahabat semua... امين🤲🏼

Kisah malam jumaat ni memang dah lama sinonim dengan malam hantu 👻 dan taktaulah idea siapa yg mulakan haha Yang peliknya manusia ni, tang malam jumaat je dia menjadi² penakutnya. Hari lain tak sangat lah pulak mengelenyornya..

hantu

Dari sudut Islam, sepatutnya malam jumaatlah yg menjadikan kita lebih berkobar dan ternanti² kehadirannya. "Esok raya!!" ..malam tu sanggup korang pacak lidi kat kelopak mata punya excited utk hari esok! Tapi bila masuk bab malam jumaat lain pulak jadinya 🤭

Banyak juga tengok dalam posting media sosial yg menganggap malam jumaat tu dijadikan "malam seram - scary night" Zaman sekarang semua dah semakin senang. Baik dari segi mendapatkan info, ilmu pengetahuan semuanya hujung jari. Maka sepatutnya dimanfaatkanlah dengan (bukan sebaik mungkin) tapi yg terbaik antara yg terbaik.

""Islam mengajarkan keutamaan pada hari Jumaat. Bahkan Rasulullah SAW menyebut hari Jumaat sebagai hari yang agung. Sayyidul Ayyam atau bermakna hari yang istimewa dibandingkan dengan hari yang lain. Kalender Hijriyah atau berdasarkan perhitungan kalender Islam, satu hari baru dimulai ketika maghrib tiba. Berbeda dengan perhitungan Masehi dimana hari berawal ketika menginjak tengah malam. Jadi, malam Jumaat atau tepat di hari Kamis petang adalah bagian dari hari Jumat itu sendiri.""

""Berbagai keutamaan disebutkan Rasulullah SAW berada pada hari yang agung ini. Bahkan diyakini hari Jumaat adalah hari yang terbaik dan paling utama dibandingkan dengan enam hari lainnya. Hari Jumaat menjadi saksi peristiwa besar Islam yang menandakan bahwa Jumaat begitu istimewa."""

"Selain penciptaan Adam dan masuknya Adam menuju surga untuk kemudian dikeluarkan lagi, hari Jumat adalah hari yang ditetapkan sebagai hari kiamat di kemudian waktu. 
Seperti yang telah diriwayatkan dalam beberapa Hadist yang sohih"

Dari beberapa ungkapan diatas sudah cukup memberi kita kesan terhadap betapa sayangnya Allah terhadap hamba ciptaanNya sehingga memberi kita peluang terus menerus setiap minggu untuk kita mengumpul "dana" walaupun setiap saat kita lupakan Dia dan RasulNya

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ♥️🌷

Perbanyakkanlah berselawat dan memuji Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w Mungkin amalan lain agak berat bagi kita atau mungkin kita masih dalam tempoh menunggu giliran mendapat hidayahNya. Mulakanlah dengan perbanyakkan berselawat ke atas Nabi junjungan. Moga² bersama kita mendapat hidayahNya dimalam Jumaat yg dimuliai ini.

Hidupku berbekalkan dosa yg tidak mampu aku simpan didalam kocek. Setiap saat yg berlalu kini tidak akan sama-sekali akan dapatku ulang disaat berikutnya. Berhati²lah wahai diri, berhati² lah wahai diri, berhati²lah.. kerana kealpaan akan sentiasa membalutimu. Penuhkanlah kocek mu dengan taqwa sebelum ia penuh dengan dosa terus memberat sehingga membebanimu jatuh ketanah. Koyakkan kocekmu, simpan ke tepi dosamu dan isikanlah dengan ketaqwaan. Sesungguhnya dosa² mu itu dalam pertimbanganNya Yg Maha Pengasih Yg Maha Pengampun Yg Maha Penyayang...

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

“…Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.”

(Al-Kahfi:10)

Credit: DalamIslam.com | NurAzizOnline | Google

Comments

  1. Malam jumaat kena baca surah2 yg penting spt Yaasin, Al Mulk, Al-Waqiah dsb.

    ReplyDelete
  2. Haha betul itu hari Jumaat atau malam Jumaat bukan untuk ditakuti tapi banyakkan amal ibadah.

    ReplyDelete
  3. Mengucap uncle tengok gambar tu! hahaha

    ReplyDelete
  4. dulu zaman saya kecil mmg takut pada malam Jumaat dengan kisah hantu la tapi harapnya orang Islam dah sedar yang malam Jumaat patut kita raikan dengan membaca Al Quran, Al Mulk untuk tambah ilmu sebagai bekalan kita

    ReplyDelete
  5. terkujat bukak-bukak gambar scary huhuhu... udahla bukak dengan pc besar, kalau dengan hp takdelah terkujat sangat

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih sudi berkongsi pendapat/komen ~ You comment I follow..

Penafian: Segala kandungan blog adalah nukilan dan pendapat penulis kecuali yang di tag sumber|credit|hak-cipta|copy|salinan dimana ianya diambil dari penulisan/gambar yang membenarkan salinan. Nukilan dan pendapat adalah dasar pemikiran telus dari penulis tanpa sebarang ajakan/dorongan/provokasi oleh/kepada mana² pihak. Sebarang salinan/perkongsian yang diambil dari blog ini adalah Dibenarkan dan semoga diberikan sedikit credit adalah sebaiknya - Azmer Shahar ©

CLAIM YOUR OFFER NOW!

CLAIM YOUR OFFER NOW!
Daftar dan dapatkan RM80.00/20% Diskaun pembelian sekarang..

All time featured

MSG yang mampu menyuburkan pokok

Jom Masak Nasi Lemak Pandan

Marshal berlagak polis trafik diburu

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Kenangan Bersama Sicomel Toby

Anyone..?

Charismatic bloggers