Nur Aziz Masuk Wad - Sunyi Sepi Kerinduan

 Bismillah...

Dengan namaMu Ya Mujib Ya Zaljalaliwal ikram hambabMu hambaMu yang kerdil lagi hina memohon kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan-urusan. Dijauhi dari penyakit dan kesakitan serta wabak. Ampunilah dosa-dosa kami, ampunilah dosa-dosa kami, ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...

Minggu ni aku kurang tumpuan sikit dengan blog update. Online trading pun dah kucar-kacir haha.. Penyokong kuat a.k.a tulang belakang aku telah ditahan di hospital. Nur Aziz - dirinya di diagnose anemia.. masa ditahan tu bacaan darahnya sudah bawah 4! Subhanallah, kalau diikut kata doktor keadaan tu sudah agak bahaya. Terus disusulkan ke wad kecemasan dan sepanjang satu hari juga aku risau tak dapat nak meneman isteri tersayang.

jpeg
Dari jauh kusampaikan kerinduan

Dari awal pagi sampailah hampir waktu maghrib, barulah aku dapat nampak isteri aku yang sedang lemah terlantar dikatil. Nurse dan petugas-petugas lain sedang sibuk menyiapkan Nur Aziz untuk dibawa ke wad saringan. Prosidur hospital kini, setiap pesakit yang bakal ditahan ke wad perlu disaring dahulu untuk pengesahan Covid-19. Aku dapat meneman isteri hanya sekadar aje, tu pun dapat cakap sepatah dua ayat dan terus dibawa ke wad saringan. Sekarang ni hospital bukan boleh macam dulu/sebelum ni. Tak siapa dibenarkan meneman pesakit.

Selepas hampir 48 jam berlalu isteri tercinta WhatsApp dan mengatakan dia sedang disiap-siapkan untuk bertukar ke wad biasa. Alhamdulillah tiada jangkitan Covid pada dirinya. Bergegaslah aku merempit ke hospital. Syukur kerana jarak rumah aku dengan hospital cuma dalam 15km saje. Sampai di hospital aku hanya dibenarkan untuk memberi barang-barang keperluan sahaja. Tetap tidak boleh meneman pesakit didalam wad. Sedih tapi syukur kerana keadaannya sudah mula stabil. Cuma suaranya sahaja yang terlalu lemah untuk bercakap.

Hari berganti hari, routine aku - pagi aku akan pergi untuk menghantar keperluan khas isteri. Jumpa doktor dan bertanyakan perkembangan. Dapatlah jenguk sikit-sikit dari jauh. Sebelah tengah harinya aku akan datang lagi membawa bubur nasi. Isteri tak boleh makan makanan hospital sebab ada alahan. Macam-macam menu bubur lah aku buat haha.. Selesai zohor aku balik. Petangnya aku akan datang sekali lagi. Biasanya petang aku akan collect semula segala bekas-bekas dan baju untuk dibawa pulang, jadinya tak lah berselirat penuh dalam wad. Macam tu lah routine aku hari-hari.

Diam tak diam sudah mencecah hari yang ke 8. Pihak hospital masih dalam membuat keputusan untuk discharge isteri aku. Ini kerana Keadaan dirinya masih dalam 90% kestabilan - disebabkan anemianya agak kuat (paras sel darah merah bawah paras normal)

Hari ini 5/11/21, tengah aku dalam mengemas-ngemas ruang tamu Hp berbunyi, panggilan dari pihak hospital. Syukur kehadratMu Ya Allah sebab Nur Aziz sudah sedia untuk discharge keesokan pagi. Syukur padaMu Ya Allah kerana terus memberi peluang untuk kami meminjam duniaMu...


Nota: Sayangilah dia.. Cintailah dia.. kerana kita telah diberikan pinjaman sebuah harta yang sangat tidak ternilai dunia dan akhirat.

Comments

  1. Syukur Alhamdulillah
    semoga dianugerahi keafiatan yang berpanjangan

    ReplyDelete
  2. Jagalah istri sebaik baiknya sepertimana kita menjaga diri kita. Istri adalah amanah dari Allah...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah isteri kembali sihat. Kena jaga kesihatan isteri sokmo tu.

    ReplyDelete
  4. I feel you....

    Semoga patuh doktor...

    ReplyDelete
  5. Saya betul saudara pada suami.
    Alhamdulillah selamat keluar daripada wad.

    ReplyDelete
  6. syukur alhamdulillah, moga terus sihat ya

    ReplyDelete
  7. Semoga isterinya kembali sihat ye dna jangan culas makan obat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Terima kasih, berkat doa sahabat² Nur Aziz sudah semakin pulih skg

      Delete

Post a Comment

Terima kasih sudi berkongsi pendapat/komen ~ You comment I follow..

Penafian: Segala kandungan blog adalah nukilan dan pendapat penulis kecuali yang di tag sumber|credit|hak-cipta|copy|salinan dimana ianya diambil dari penulisan/gambar yang membenarkan salinan. Nukilan dan pendapat adalah dasar pemikiran telus dari penulis tanpa sebarang ajakan/dorongan/provokasi oleh/kepada mana² pihak. Sebarang salinan/perkongsian yang diambil dari blog ini adalah Dibenarkan dan semoga diberikan sedikit credit adalah sebaiknya - Azmer Shahar ©

CLAIM YOUR OFFER NOW!

CLAIM YOUR OFFER NOW!
Daftar dan dapatkan RM80.00/20% Diskaun pembelian sekarang..

All time featured

Jom Masak Nasi Lemak Pandan

Time Traveling - Usah Dikenang Barang Yang Lepas

Adab Dalam Memberi Nasihat dan Teguran Dalam Islam

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Anyone..?

Charismatic bloggers