Tips Penjagaan dan Makna Kesan Pada Tayar Kenderaan
Bismillah... Ceritanya baru-baru ni kawan aku bertanyakan tentang tayar keretanya. Maklumlah dia baru nak mula belajar-belajar membuat e-Hailing. Ok.. kebetulan kawan aku bertanya tu, aku nak berkongsi disini untuk pengetahuan bersama. Aku pun bukanlah pro dalam bidang pertayaran ni tapi sebabkan pengalaman kecil aku yang pernah menjadi psv dan gdl driver dulu banyak juga aku belajar. Ilmu yang ditimba dari pengalaman sendiri diatas jalan dan juga berkat masa "me-repair" dibengkel syarikat. Masalah yang ke-6 adalah sangat kritikal! Bunga tayar haus kiri dan kanan bahagian Ini paling biasa jadi pada kenderaan yang banyak perjalanan. Sebab utama ialah, kurang tekanan angin. Pastikan isi angin yang sesuai dengan mengikut spesifikasi kenderaan. Jumlah tekanan / pressure yang sesuai biasanya boleh dirujuk pada bahagian dalam pintu sebelah pemandu. Perasan tak ada stiker yang ditampal menunjukkan isi padu sesuai mengikut piawaian standard sesebuah kenderaan tu. Bunga tayar hau...