Kisah hotel bertukang ditengah malam

Bismillah... Dalam bulan ni entry rumah puaka taman chendana aku melonjak pulak. Agaknya bulan seram kot hehe.. Sebabkan entry tersebut membuatkan hati aku dipanggil-panggil nak celoteh tentang pengalaman aku semasa bertugas beberapa tahun dahulu. Masa tu aku dihantar bertugas ke Ipoh untuk seminggu. Agaknya dah memang rezeki aku kot suka "berkenal-kenal" dengan makhluk Allah yang jenis ni. Celoteh pengalaman lalu Banyak sebenarnya cerita-ceriti seumpama yang aku lalui sendiri. Macam aku cakap tadilah, mungkin rezeki aku kot selalu "dapat" macamni. Tugas aku ni sejak awal dulu memang banyak membabitkan perjalanan merentas negeri dan daerah - tapi yang ni lain kalilah aku cerita kot. Balik pada cerita hotel. Masa tu aku dihantar ke Ipoh, Perak. Aku biasanya lebih suka memilih hotel-hotel 2 atau 3 bintang jer. Sebabnya lebih murah dan mudah. Sekadar untuk berehat dan melepaskan kepenatan seharian bertugas. Seminggu aku stay kat hotel tu. Tak ingat pula apa namanya h...